KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 24, 2008

Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

anwaribrahimblog | ....Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.
Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.... selanjutnya.

I can recognise handsome cop

laichihoe | ....Recalling the incident, Lai said he noticed one of the police personnel because of his "good looks" since he did not bring down his helmet visor.

However, Lai, who installs home alarms for a living, told the inquiry that he would only be able to recognize the police personnel if he "puts on the same uniform he wore that night."

"Otherwise, I will not be able to as I would not know if he is bald or not," he added to the amusement of those present.

'Stop beating the public'

Lai, who was the first witness to testify today, said he saw three to four plainclothes policemen dragging Chang out of the car. They then allegedly "kicked and hit" the mechanic.

"Upon seeing this, other bystanders and myself started shouting ‘'polis, jangan hentam rakyat!' (Police, don’t beat the public).

"(But) after we shouted, the police stopped (beating him). I saw him (Chang) fall to the ground and he was kicked again," he added.

Following this, Lai said the mechanic was trying to stand up and this was when he was set upon by the ‘handsome’ FRU personnel.

"When he got up, I saw the FRU personnel proceed towards him and he used his shield to beat this person and at the same time, he kicked him. I think the police thought he was trying to run away," he added. ... selanjutnya.

AMK T'ganu buat laporan polis esok

malaysiakini | Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu akan membuat laporan polis berhubung kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang dilaporkan terlalu tinggi.

fariz musaLaporan polis itu akan dibuat oleh Ketua AMK Terengganu Fariz Musa dan timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 11 pagi esok.

Katanya, laporan tersebut akan dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlaku penyelewengan kos penyelenggaraan kereta tersebut.

"Ia selepas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dua hari lalu berhubung kos penyelenggaran bagi sebuah kereta Proton Perdana mencecah lebih RM 50,000 bagi sebuah kereta," kata Fariz ketika dihubungi hari ini.... selanjutnya.

LIWAT 2008 : KONSPIRASI SIAPA?



PART 2
PART 4

Naikkan harga petrol untuk wujudkan macam-macam subsidi...

marhaen | ...Sebelum ini kerajaan memberikan rebet tunai kepada pemilik kenderaan kereta RM625.00 dan motosikal RM150.00. Teksi, bas dan lori juga dikatakan akan diberikan harga minyak subsidi iaitu harga sebelum kenaikan 40%. Khabarnya banyak lagi program yang akan dibuat oleh kerajaan kononya bagi membantu rakyat supaya tidak telalu parah kesan dari menaikkan harga minyak tempohari.

Kalau tengok dari sisi depan nampak cukup bagus, nampak betul kerajaan perihatin rakyat. Tapi kalau pandang sisi, nampak betul tindakan yang dibuat kurang masak. Kita yang naikkan sendiri harga minyak, kita sendiri yang cari jalan mengurangkan beban kenaikan! Macam cerita Pak Pandir.

Kerajaan yang buat rakyat sakit, kemudian kerajaan juga cuba mencari ubat dan penawarnya. Kalut betul. Bermacam cara dan kaedah yang mahu dibuat. Semuanya itu hanya langkah sementara. Tidak akan boleh kekal. Beri rakyat ikan bukan batang kail. Ubat tahan sakit sahaja, panadol. Itu pun panadol tiruan yang dicampur gandum!!!

Cara yang tidak masak. Kaedah yang dibuat pun tidak masak. Doktor yang merawat orang sakit pun bukan doktor pakar. General practioner saja. Itupun yang dapat sijil palsu, dari India ke mana ke?

Kita harap kerajaan carilah doktor pakar yang dapat mencari punca penyakit bukan hanya mencari tempat sakit. Kalau hanya pandai cari tempat sakit, bagi ubat tahan sakit atau terus potong tempat sakit-penyakit akan berulang selagi punca penyakit tidak diubati.... selanjutnya.

Mesej Tersembunyi Di Sebalik Mercedes?

erisar | Kerajaan sebelum ini bukan pimpinan Mat Said. Yang berhabis duit untuk memperbaiki Perdana dalam tempoh jaminan juga, bukan pimpinan Mat Said. Jadi apakah yang Mat Said cuba bongkarkan sebenarnya. Proton tak elok? Kerajaan Negeri sebelumnya adalah penuh dengan korupsi? Aku rasa, ke dua-duanya sekali.

Proton tak elok? Alahai, kita semua pun memang suka mengutuk Proton. Tetapi Proton merupakan perusahaan kereta nasional dan mereka berusaha menaikkan imej mereka yang tercalar dengan memperbaiki mutu kereta keluaran mereka. Kalau bukan bapak-bapak menteri yang tunjukkan contoh yang Proton itu boleh diguna pakai, hendak harapkan siapa lagi? Kalau bukan income dari kerajaan, siapa lagi yang nak beli Perdana berbolon-bolon? Nak harapkan orang-orang kaya yang mampu beli Merc, sudah pasti Perdana merupakan pilihan terakhir mereka. Its all about class. Lagipun, ianya hanya untuk official use, kegunaan rasmi. Urusan peribadi, nak naik limosin 15pintu pun orang tak peduli. Eh orang peduli juga, kalau kaya lain macam....makan suap lah itu.

Kerajaan Negeri sebelum ini penuh korupsi? Ya, mungkin. Mana mungkin membaiki sebuah kereta Perdana berjumlah sebegitu rupa. Dan Mat Said sendiri tidak telus, bercerita fakta mengenai dua buah kereta Perdana sahaja. DARI 16 BUAH YANG LAIN. Kalau yang dua ini sahaja bermasalah, get rid of it. Beli ganti dua buah kereta Perdana baru. Habis cerita. Kalau kos penyelenggaraan Perdana mahal sebegitu rupa, tak akan ada Perdana di jalan raya. Orang kaya bermillion pun takut nak pakai. Gaji RM10,000 baru mampu pakai. Al maklum RM3640 adalah kos servis sebulannya. ... selanjutnya.

Istiqamah Memandang Ke Hadapan

anwaribrahimblog

Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh. Agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu; tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.

Kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa. Kita komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.

Tengahari tadi saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat. Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat dek kerana kepimpinan yang tidak kredibel. Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi.

Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan.

ANWAR IBRAHIM

Bandar Tun Razak?



klpos | ...Sumber memberitahu KLpos.com Parlimen Bandar Tun Razak yang kini di sandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok dikhabarkan akan dikosongkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut.

Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

"Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi.

Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi.... selanjutnya.

Police may show CCTV of Anwar questioning

malaysiainsider | ....The charges and counter-charges surrounding the sodomy investigation against Datuk Seri Anwar Ibrahim are going to get more intense — and interesting.

The Malaysian Insider understands that the police are considering making public close-circuit television footage to show the treatment given to the Opposition leader when he was in detention at the KL police headquarters.

This move — the first time it has been done in recent history — could happen within the next 48 hours and is aimed at challenging the position put forward by Anwar that he was treated badly during his overnight detention on July 16. It is also part of an attempt by the administration to appease critics who have been calling for more transparency in the police investigations into the sodomy charge against the former deputy prime minister.

His former aide, Saiful Bukhari Azlan, lodged a police report on June 28 alleging that he was sodomised by Anwar on June 26 in a condominium in Damansara. The Opposition icon was arrested outside his home in Segambut and heavily escorted to the KL police headquarters.

He alleged that he was treated like a major criminal and had to sleep on the cement floor, relying on a towel his wife brought as a mattress.

Police investigators have defended their actions, saying that certain rules were bent to allow him to have complete access to his lawyers and family members.

They also noted that every attempt was made to ensure that there was no repeat of 1998. Ten years ago, Anwar was arrested under the Internal Security Act after leading a demonstration following his sacking from government by the then-Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive