‘Kenapa saya masih belum kahwin’No2umnO - Heheh ....Tak kan nak cakap ALASAN SEBENAR ..... Jatuh maruah beb
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
Utusan Meloya.
SEREMBAN 4 Feb. – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keutamaan kepada rakyat yang melebihi diri sendiri merupakan sebab beliau masih belum berkahwin.
“Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di seluruh negara meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada keutamaan diri, tidak kira masa.
“Oleh kerana itulah saya sehingga kini masih lagi tidak berkahwin, kerana saya meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada diri sendiri,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini hari ini.
Feb 5, 2008
KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO
Labels: Azalina bohong
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
SPR tambah 1031 pengundi pos untuk kalahkan PAS di Belantek
Helmi Khalid
harakahdaily
SIK, 4 Feb (Hrkh) - Taktik kotor dan jahat SPR untuk memenangkan BN dalam pilihan raya terus menerus berlaku, terkini SPR mewartakan sebanyak 1031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 (Daftar Pemilih Tambahan) tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.
"Ini langsung tidak mengikut prosedur SPR, sepatutnya hanya nama yang dipamerkan untuk proses bantahan boleh diwartakan, ini tidak berlaku di Kota Aur, 1031 nama itu langsung tidak disenaraikan ketika proses pameran dan bantahan, tetapi diwartakan selepas itu," tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.
Beliau menambah, strategi jahat ini adalah rancangan BN negeri ini yang terdesak untuk merampas kerusi Dun Belantek dari PAS dan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Sik, ini adalah gambaran sebenar kedudukan BN Kedah yang terhimpit dengan berbagai-bagai isu dan terbeban dengan pelbagai kelemahan dan semakin terpinggir dari hati rakyat Kedah.
Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan, amat memelikkan SPR boleh mewartakannya dalam warta DPT 3 2007. more...
No2umno - Kerna itu lah BN dan UMNO mahukan Rashit di kekalkan sehingga sanggup mengubah perlembagaan negara. Teringat cerita SAKA di tv, Berbaloi bela pelesit
Labels: Belit SPR, Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SYARIKAT BAS KRONI MOGOK
"Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana ramai terutamanya mereka yang berpendapatan rendah amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini untuk mencari rezeki atau menyelesaikan urusan penting.
"Jika ini yang berlaku sudah tentu ia menyusahkan orang ramai dan bertentangan dengan usaha kerajaan untuk mempelbagai dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sebagai alternatif kepada rakyat," katanya.
utusan
Khidmat bas RapidKL Lembah Klang lumpuh
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 4 Feb. - Perkhidmatan bas RapidKL di sekitar Lembah Klang hari ini lumpuh lebih tiga jam selepas 200 pemandu bas syarikat berkenaan melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati soal gaji dan pembayaran bonus.
Kesemua 200 pemandu terbabit berkumpul secara aman di hadapan pejabat pengurusan syarikat itu di Depoh Rapid KL, Seksyen 25 di sini.
Tindakan tersebut menyebabkan beribu-ribu pengguna pengangkutan awam itu terkandas di hentian bas laluan pengangkutan awam itu.
Malah ada antara mereka terpaksa datang lewat untuk bekerja atau mengambil cuti kecemasan kerana ketiadaan bas untuk ke tempat kerja.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati para pemandu terbabit mula berhimpun pada pukul 8 pagi di hadapan pejabat pengurusan syarikat berkenaan setelah tidak bersetuju berhubung soal pemotongan gaji dan pemberian bonus kepada mereka.
more...
Labels: Rapid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 4, 2008
Gambar-gambar Lawatan Anwar ke Pulau Pinang, Kedah & Perlis
Labels: Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ANWAR DI KAMPUNG JAWA
UCAPAN ANWAR DI CERAMAH KG JAWA 3 FEB 2008
"Sekiranya saya diberikan peluang, saya akan kembalikah MARUAH saya dan kembalikan KUASA rakyat" ANWAR IBRAHIM
"UMNO dan BN di dalam keadaan terdesak dan takut. Kalau tahun 1999, bangsa Melayu sudah berubah arah, kini bangsa India turut bersama kita untuk menolak BN dan UMNO"
"Kalau hari ini diistiharkan BA Menang, Saya akan buat pengumuman keesokannya untuk turunkan harga minyak dan memberikan pendidikan percuma kepada murid sekolah rendah dan menengah serta penuntut universiti" disusuli dengan sokongan dan tepuk sorak dari yang hadir pada ceramah tersebut.
Di dalam pada itu beliau banyak berbicara tentang sikap pemimpin jahilliyah yang terdapat sekarang, bangsa melayu yang ditipu dan beberapa isu terkini. Penerangan terus diadakan pada setiap malam untuk memberikan penerangan sebenar tujuan pilihanraya kali ini termasuk isu VIDEO VK LINGAM.
Gobalakrishnan yang menjadi penceramah pertama telah berbicara tentang skandal perempuan simpanan Samy Vellu, isu Sujatha serta Pemberian bantuan RM13.15 barangan dapur kepada rakyat oleh LIM KENG YAIK.
Manakala ustaz BADRUL AMIN menceritakan tentang pengalaman dipenjara PUDU, pengalaman beliau berjuang bersama parti keadilan, isu HINDRAF yang diputar belitkan oleh kerajaan dan pelbagai isu semasa. Selain dari itu, beliau turut menyarankan rakyat agar turun beramai ramai bersama BERSIH pada 23hb Februari 2008 untuk memaksa SPR menuruti permohonan 4 perkara. TEmpat masih belum ditetapkan lagi.
Kehadiran sangat memberansangkan. Walaupun hujan telah turun tetapi tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan laman sebuah rumah di Kampung Jawa. Ahli jawatankuasa penganjur juga kelihatan memberikan kawalan lalulintas serta bantuan internet untuk memeriksa senarai pengundi.
Kedatangan Anwar Ibrahim sekitar jam 11.00 malam telah menyebabkan pengunjung yang sudah ramai, melaungkan slogan "REFORMASI!!!" berulang kali. Kaum India yang turut sama hadir telah memberikan isyarat bahawa pilihanraya kali ini adalah lain dari yang lain.
Labels: Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ADA YANG CUBA GANGGU INTERNET PULAK DAH
Kempen dalam internet: SPR tidak ada kuasa
MStar
Oleh SA'ODAH ELIAS
PETALING JAYA: Penggunaan teknologi maklumat terutama internet dijangka menjadi alat berkempen paling berpengaruh pada pilihan raya akan datang melebihi masa-masa sebelum ini, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui tidak berupaya untuk mengawal selia kegiatan itu kerana ia di luar bidang kuasanya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keadaan ini berlaku kerana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (1954) (AKP) dalam hal mengawal kegiatan berkempen hanya terhad kepada bahan-bahan kempen tradisional tetapi tidak kegiatan berkempen menggunakan teknologi maklumat.
"Kita hanya boleh kawal kegiatan kempen melalui ceramah, rapat umum serta yang menggunakan bahan tradisional seperti risalah, sepanduk, poster dan kain rentang. Lain daripada itu, kita tidak boleh buat apa-apa.
"Jika pihak tertentu didapati memaparkan sesuatu yang dianggap bohong, fitnah, mengandungi unsur menghasut atau apa-apa maklumat yang dianggap rahsia rasmi menggunakan bahan kempen tradisional, seperti risalah, sepanduk atau kain rentang, kita boleh ambil tindakan dengan merampas, menurunkan dan memusnahkannya.
"Tetapi jika perbuatan sama dilakukan dan disebarkan menggunakan teknologi maklumat, kita tidak boleh bertindak. Terpulanglah kepada yang terlibat untuk mengambil tindakan mengikut peruntungan undang-undang yang lain untuk menjaga kepentingan mereka," katanya kepada mStar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan berkempen tidak rasmi melalui internet, terutama oleh laman-laman web dan blog yang berunsurkan politik yang telah pun bermula sejak dua bulan lalu, walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi tandatanya.
Beliau menjelaskan AKP tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal kegiatan kempen yang menggunakan apa juga bentuk teknologi maklumat, sama ada melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS), internet atau telivisyen berasaskan internet.
Beliau juga menggesa pihak yang berkepentingan agar mengambil inisiatif memantau kegiatan berkempen melalui internet dan membuat laporan sama ada kepada polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia jika terdapat bahan-bahan yang berunsur bohong, fitnah, menghasut atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang lain.
Mengulas kegiatan parti-parti politik yang telah pun memulakan perang bendera di tempat-tempat awam, Wan Ahmad berkata perkara itu juga berada di luar bidang kuasa SPR.
Katanya, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab kerana mencacatkan pemandangan di tempat awam dengan memasang bendera dengan jumlah yang banyak.
SPR, katanya, hanya boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya sebaik parlimen dibubarkan dan tidak sebelum itu.
No2umnO - Isu ini timbul mungkin kerana ada beberapa beruk di dalam UMNO dan BN yang tidak tahan dengan serangan blogger dan website yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional. Dengan pengertian lain bahawa masih ada pihak yang cemburu atau cuba menyekat kebebasan bersuara. Kalau internet cuba di halang, kenapa agaknya media arus perdana terus berkempen untuk Barisan Nasional. Kalau ada Pihak yang tidak berpuas hati kenapa tidak dihalang dulu berita berunsur propaganda di TV? Bila la agaknya Malaysia mahu sampai ke status betul betul adil? Rosakkkkkk..... Tentang bendera parti pula, tindakan mencabut dan menjatuhkan bendera banyak dibuat oleh PBT PBT dan bukan SPR sendiri. Kalau ditiang elektrik dan barangan kerajaan tak per tapi atas pokok dan primis sendiri pun tak boleh....pelik sungguh Malaysia.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
APA YANG MALAYSIA CUBA TUNJUKKAN?
Malaysia Hulur AS$270,000 Kepada Mangsa Bencana Alam Bangladesh
PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia hari ini menghulurkan sumbangan AS$270,000 bagi membantu meringankan beban rakyat Bangladesh yang menjadi mangsa bencana alam baru-baru ini.
Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata taufan serta banjir yang melanda Bangladesh baru-baru ini menjejaskan kehidupan kira-kira 10 juta penduduk negara itu.
"Malaysia memahami kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan dan sebagai tanda persahabatan dan perpaduan dengan rakyat dan kerajaan Bangladesh, kerajaan kami membuat keputusan untuk menghulurkan derma ini," kata Syed hamid pada majlis penyampaian cek AS$270,000 sumbangan kerajaan Malaysia kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia M. Khairuzzaman di Wisma Putra di sini hari ini.
Syed Hamid berkata walaupun sumbangan itu mungkin tidak seberapa, tetapi Malaysia berharap ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.
"Malaysia sentiasa berasa bertanggungjawab membantu dan memberi sokongan kepada saudara dan sahabatnya, terutama ketika mereka memerlukan bantuan. Oleh itu, kami akan terus memberi sokongan dan bantuan kemanusiaan sekadar yang terdaya oleh kami, terutama kepada saudara dan sahabat kami di rantau ini," katanya.
No2umnO - Sedang rakyat Bangladesh di Malaysia sedang berjuang untuk terus hidup, kerajaan Malaysia cuba tunjuk hebat dengan membantu mangsa ribut di Bangladesh. Apa sebenarnya agenda kerajaan? Tunjuk baik atau tunjuk duit? Lihatkan wajah warga Bangladesh yang meminta dibawa pulang ke tanah air akibat ditipu oleh majikan dan sendikit pekerja asing ......
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SIAPAKAH PENGUNDI BN?
Mereka mereka yang terus memberikan undi mereka kepada BN dan UMNO adalah mereka mereka yang terdiri daripada manusia yang,
- Tidak faham tentang perjuangan Melayu
- Tidak percaya tentang kuasa rakyat
- Suka angguk dan tidak mampu berfikir
- Berharap pada media arus perdana dan malas mencari kepastian dan kebenaran
- Keliru dengan perjuangan bangsa melayu sebenar
- Kena tipu hidup hidup dan terus membenarkan diri ditipu
- Tak faham politik dan pengertiannya tetapi cakap macam orang pandai
- Tidak faham bahawa media ditugaskan untuk menipu rakyat bagi kepentingan BN dan UMNO
- Yang suka kepada ketidak adilan
- Suka kepada pemimpin yang kejam kepada rakyatnya
- Tidak faham tentang demokrasi sebenar
- Tidak faham tentang hak menjadi rakyat
- Suka pada pemimpin yang korup dan tidak bertanggung jawab
- Degil dan tidak mahu mendengar nasihat
- Dibutakan mata dan hatinya untuk tidak mahu menerima nasihat orang lain
- Sangat suka rasuah dan jenayah berlarutan akibat kepimpinan yang lemah
- yang mengambil kesempatan dari sikap rasuah pemimpin dan kakitangan kerajaan
- Suka pada pemimpin yang membazir tidak tentu hala
- Suka pada keadaan kepimpinan yang kaya sedangkan rakyat miskin
- benarkan diri ditipu dengan masalah minyak dunia menyebabkan kenaikan harga minyak tempatan
- Suka pada tol diseluruh rakyat Malaysia
- Tidak faham dengan penipuan istilah dan pengertian Islam Hadhari
- Suka kepada pemerintahan cara British dan penjajah
- Sangat suka budaya barat sedangkan mengutuk barat mati matian
- Yang hidupnya asyik disusu dan disudukan oleh UMNO dan BN
- Tidak percaya pada diri dan kemampuan sendiri ... asyik bergantung
- mereka yang suka bermimpi dan mengigau akibat janji yang bukan bukan
- Pengecut takut dengan ugutan Barisan Nasional dan UMNO
- Terpedaya dengan helah perpecahan kaum dan rusuhan 13 Mei
- Suka diri di perkaumkan sehingga mengutuk bangsa lain yang kononnya tidak baik berbanding diri
- Mangsa peras ugut oleh samseng UMNO dan BN
- Mereka yang mudah dibeli jiwa dan marwahnya dengan wang ringgit
- Tidak tahu tentang Halal dan Haram
- Bersetuju untuk kenaikan harga barangan sedangkan diri itu susah dan miskin
- Tidak sedar bahawa negara kita kaya dan tidak perlu jual hasil bumi untuk hidup
- Tidak mengerti cara memilih pemimpin
- Tidak tahu membezakan antara pemimpin yang benar dan palsu
- Terpedaya dengan media yang asyik cerita tentang kebaikan pemimpin sedangkan di belakang pemimpin BN dan UMNO bersikap sebaliknya.
- Tidak tahu tentang Islam
- Tidak tahu tentang pemimpin yang amalkan Islam sebenar
Dan lain lain lagi.... Letih aku ...
Labels: Sokong kemungkaran
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sebab Ali Rustam Ditarik Ke Pusat
Serkamvelleyonline
Tg Kudin
Pentadbiran Ali Rustam lemah, tidak cekap dan penuh penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa menyebabkan hutang Melaka sejak beliau mengambil alih kepimpinan negeri pada tahun 1999 berjumlah RM 482 juta meningkat mendadak setiap tahun sehingga pada tahun 2006 berjumlah RM 1.05 bilion, ini bermakna setiap rakyat Melaka mempunyai hutang sebanyak RM 2,342.22.
1 - Ali Rustam didakwa guna Tabung Kesihatan untuk ahli keluarga dengan mewujudkan satu Tabung Kebajikan peribadi di atas nama peribadinya sendiri bagi membolehkan bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan perubatan menurut laporan kepada BPR 4 Januari 2006 oleh Lim Guan Eng, Ali Mohd Rustam menyalahgunakan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatan tersebut sebanyak RM 908,242.33 sejak 2001 untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya sehingga 31 Mac 2005.
Sumber tabung itu ialah daripada Umno Melaka sebanyak RM 368,283.82 dan RM 539,958.51 diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh Ketua Menteri Melaka sendiri. lebih daripada RM590,000 (65%) digunakan untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga Ketua Menteri Melaka sendiri, iaitu RM 365,000 atau 40% digunakan untuk ahli keluarga Ketua Menteri sendiri termasuk isteri, anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan arwah ibunya dan 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk ataupun isteri datuk.
Orang awam hanya mengetahui mengenai tabung misteri tersebut selepas tiga tahun didirikan, ini melibatkan penyelewengan oleh seorang wakil rakyat dan ahli pentadbiran yang menggunakan wang awam yang dikutip atas tujuan membantu orang miskin, Ali Rustam telah menyalahi peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, khususnya seksyen 15.
Sekiranya beliau disabitkan kesalahan, Ali akan berhadapan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50 kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dibawah seksyen 16.
2 - Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam disita Mahkamah Tinggi berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2.23 juta kepada Subang Teknik (M) Sdn Bhd .
Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.
3 - Penjualan dua aset Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu Ayer Keroh Country Resort (AKCR) dan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) yang mengalami kerugian teruk adalah bukti kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. AKCR telah dijual kepada AMZ Resort (Melaka) Sdn Bhd dan TBBR kepada Brisdale Asset Sdn Bhd (kemudian ditukar kepada IIUM Holdings Sdn Bhd) walaupun tanpa mendapat kelulusan kerajaan pusat seperti yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2006 baru - baru ini.
Berdasarkan laporan itu, AKCR dijual pada harga RM6.7 juta sedangkan harga di pasaran manakala TBBR dijual pada RM15.8 juta. RM6 juta sedangkan harga pasaran RM7.12 juta menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM10.22 juta. Sudahlah ke dua-dua aset ini mengalami kerugian kemudiannya dijual pula dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran menyebabkan mereka rugi lagi sebanyak RM10.22 juta.
4 - Menara PERTAM Akan Dilelong? Pengerusi PERTAM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan prestasi pencapaian dan pengurusan kewangan dalam membangunkan TanahAdat Melaka yang merupakan aset paling berharga bagi orang Melayu. PERTAM juga terus mencatat kerugian terkumpul sehingga 31.12.2006 sebanyak RM 40.96 juta daripada pinjaman pokok sebanyak RM 35.91 juta yang diperolehi kerana tidak mampu membayar balik pinjaman. Ke tiga-tiga anak sykt rugi sehingga 31.12.2005
(+) PERTAM Construction Sdn Bhd - RM 5.03 juta (+) PERTAM Properties Sdn Bhd - RM 0.32 juta (+) PERTAM Trading Sdn Bhd - RM 0.65 juta. = RM 6 juta
Bukan sahaja sekadar tidak dapat membayar balik pinjaman malah keadaan pengurusannya begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangannya.
LELONG
Menara PERTAM - pinjaman RM 28.57 juta sedangkan kosnya RM 25.17 juta. Mengapa PERTAM perlu meminjam RM 3.4 juta lebih daripada kos pembinaannya?
Pinjaman berjumlah - RM 18.45 juta dari Bank Rakyat
(+) RM 5.32 juta juta dari Yayasan Melaka (+) RM 4.8 juta dari kerajaan negeri RM 4.8 juta Jumlah Keseluruhan = RM 28.57 juta
Setakat ini PERTAM hanya menjelaskan satu bayaran ansuran berjumlah 220,000 daripada 53 kali ansuran bayaran sebanyak RM 11.42 juta yang sepatutnya dijelaskan sehingga Disember 2006 dan bagi mendapatkan balik pinjamannya, Bank Rakyat sedang menjalankan proses untuk melelong Menara PERTAM.
5 - Sayang Melaka Sungainya Kotor! Orang ramai mempertikaikan kos perbelanjaan yang begitu besar digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka sebanyak RM 335 juta sedangkan kesannya tidak seberapa dan kualiti airnya masih seperti dulu.
Ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini melahirkan kekecewaan dengan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Melaka kerana gagal memastikan air di sungai itu bersih dan tidak berbau bagi menarik kedatangan pelancong. Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan semula projek tersebut kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan meminta MBMB melantik kontraktor yang lain bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Serentak dengan itu beliau meminta Kementerian yang berkaitan supaya menahan wang yang perlu dibayar kepada kontraktor terbabit berikutan air sungai yang masih berbau busuk, berkelodak dengan lumpur dan warnanya seperti air longkang. Ali Rustam kata kebersihannya macam Sungai Venice dan San Antonio diTexas tapi hakikatnya begitu kotor, ini memalukan industri pelancongan di Melaka yang menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan.
Projek ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan seperti bangunan MARA di tebing Sungai Melaka yang menempatkan peniaga bumiputera telah dirobohkan kerana dianggap mencacatkan keindahan sungai dan dijadikan tempat meletak kenderaan. Banjir kilat juga sering berlaku di sepanjang tebing sungai sehingga keparas lutut walaupun cuma ketika air laut pasang, padahal sebelum ini tidak pernah berlaku. Malahan ianya hanya mencantikkan ruang siar kaki di sepanjang tebing sungai itu sahaja dan baru-baru ini ribuan ikan belanak ditemui mati terapung di muara sungai yang mungkin berpunca dari pencemaran toksid yang teruk.
Yang dapat manfaat menerusi projek ini ialah kroni-kroni Ali Rustam ianya melibatkan empat fasa yang bernilai kira-kira RM 335 juta yang bermula dari Jalan Chan Koon Cheng hingga ke Jalan Tun Ali membabitkan jarak 4.5 kilometer sejak 2002 dan kini di fasa terakhir iaitu pembinaan pintu air pasang surut yang dijangka siap akhir Januari 2008. Selain itu, perkhidmatan bot penumpang yang disediakan oleh Melaka River Cruise untuk pengunjung menyusuri sungai itu, di mana ideanya dicetuskan oleh Mohd Ali juga tidak mendapat sambutan dan hanya tersadai menunggu penumpang.
Terdahulu, pengendali bot Parameswara Tour River & Island Trip dan para nelayan telah diarah menghentikan operasi bot mereka atau berpindah walaupun sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu di kawasan itu mendakwa, tindakan berkenaan menjejaskan operasi syarikat sekali gus mengancam sumber pendapatan mereka. Lantaran itu, Pesta Sungai Melaka yang diadakan pelbagai aktiviti sukan air seperti perarakan perahu berhias terpaksa dibuat pada malam hari baru-baru ini bagi mengelakkan air sungai yang hitam dan kotor serta berbau seperti air longkang itu dilihat pelancong dari luar negara.
6 - Projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat seperti:
- Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta
- sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh
- adalah 4 lorong kereta;
- Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta;
- Projek air terjun Bukit Sebukor sebanyak RM 1.7 juta;
- Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta;
- Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta yang tidak boleh digunakan
- sebaik sahaja siap kerana akibat mendapan lumpur berpunca dari projek Pulau
- Melaka yang juga terbengkalai.
- Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8
- juta atau RM 300 sekaki;
- Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara;
- Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2
- juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

