KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Kenapa kerajaan naikkan harga minyak?

Sampai sekarang aku tak faham kenapa Kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak di negara ini. Ada sesiapa yang boleh bagi tau? Dah pasti jawapan yang aku nak, bukan dari Menteri yang terang malap terang malap....Korang tau apa dia kata?

"Saya yakin, rakyat tahu ini merupakan masalah di peringkat global dan bukannya hanya berlaku di negara ini. Apa yang dibuat oleh kerajaan ada benar dan bukan reka-reka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran di Kampung Semayor, Kemasik di sini hari ini.

Katanya pemberian rebat kenderaan sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan pembayaran sebanyak RM150 setahun kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di negara ini.

Katanya tinjauan yang dilakukan jentera kementerian juga mendapati rakyat gembira dengan pemberian rebat itu dan mulai faham dengan langkah kerajaan memberikan rebat itu walaupun pada awalnya ramai yang mahukan cukai jalan dihapuskan. - kata Shabery [bernama]
Tugas nya memberikan penerangan, tapi rakyat bertambah samar samar. Tak faham dan tak jelas. AKu tak kira, rebat atau tidak .... TURUN KAN HARGA MINYAK !!! Kata putus dari wak raden.

Ini kata TG NIK AZIZ ....

Kalau ini lah kata TG NIK AZIZ, lega rasanya. Bukan apa ... jangan sesekali lupa peristiwa lama. UMNO bukan hanya tipu pas, tapi tipu bangsa Melayu. Apa kat TG? Kalau ada perbincangan, beliau tidak akan setuju. Korang rujuk berita ini ... bukan aku suruh, tapi memang TG lebih bijak.

Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has quashed rumours of reconciliation talks between the party and Umno. In putting his foot down on any such plan, Nik Aziz said he was still bitter over the way Pas was treated by Umno when it was in the Barisan Nasional in the 70's.
Citing the old saying “once bitten, twice shy”, he said he had not sanctioned any attempts to negotiate with Umno.

"If there are any negotiations going on, I don't know about them and anyway, I will not agree to them. If it is between individuals then it is a different matter but not at party-to-party level," he said at a Press conference at his home in Kampung Pulau Melaka here. - NST
Selisih dari malapetaka. Jangan lah tergoda dengan janji janji UMNO lagi. Dah senak ......Kalau sekali silap ... lupa, dua kali silap, memang bodoh..

Teka-teki parti BN keluar 50% terjawab. Bukan Semenanjung?

MStar - "Biasanya maklumat yang diberikan Tengku Razaleigh adalah benar," kata pakar komunikasi media dan pilihan raya, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid.

Sejauh mana kemungkinan itu boleh berlaku? Syed Arabi juga tidak menolak kemungkinan tersebut sambil menambah, jika berlaku ia akan melibatkan parti-parti kecil yang merasakan sudah tiada tempat dan kedudukan dalam BN.

Ini termasuklah parti yang tiada jawatan penting dalam kerajaan tetapi mempunyai beberapa kerusi di Dewan Rakyat, kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Beliau turut mengetengahkan beberapa perkembangan semasa yang menguatkan kemungkinan tersebut.

Laporan Bernama diterima sebentar tadi menyebut, Tengku Razaleigh hari ini sekali lagi mendakwa sebuah parti komponen BN akan keluar meninggalkan BN hujung bulan ini.
... selanjutnya.

berita lain
Anwar sedia tahu nama komponen BN bakal keluar?
2 pemimpin nafi lompat parti, Ku Li dakwa komponen BN keluar bulan ini
Parti mana keluar BN?
Keluar Barisan: Gerakan atau SAPP?

Kerana RM650, rakyat serbu Pejabat POS



Komen dari seorang yang ditemubual ... "RM625 memang tak berbaloi. Minyak belanja sebulan RM300. Dan jumlah tu hanya boleh tampung 2 bulan." Kata orang tua tu pulak...."REzeki !!! Mana nak cari kerajaan bagi rezeki."

Apa yang perlu kita fikirkan disini, kenapa rakyat menyerbu Pejabat POS seawal 7.30 pagi? Tak caya pada kerajaan atau dah tak der duit?

BONGKAR ! Sekumpulan MP Berunding di Hong Kong Untuk Lompat Parti

msomelayu - [...] Ahli veteran Umno Selangor, Mazlan Harun (foto) menegaskan ura-ura ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen mungkin ada kena dengan perkembangan berhubung perkara itu.

"Baru-baru ini Anwar Ibrahim berkata pembangkang akan menganjurkan undi tidak percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Kalau ini berlaku ia bakal merubah senario politik negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Tengku Razaleigh Hamzah dengan akar umno Umno Gombak Selangor di sebuah kelab di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor pagi ini.

Menurt anak bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Harun Idris itu, desas desus mengatakan Anwar sudah ada perbicangan dengan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bukan cerita yang tidak boleh menjadi kenyataan.

"Kita dengar perundingan dan pertemuan diadakan di Manila, sebaliknya apa yang kita dapat tahu perundingan juga diadakan di suatu tempat lain. Kita hendak percaya payah tak hendak percaya pun payah, tetapi kita taku tentang kehebatan dan kebolehan Anwar," jelasnya.... selanjutnya.

Kurang kan hari bekerja?

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry president Tan Sri William Cheng proposed that manufacturers and producers consider switching to a four-day work-week to enable workers to save on travel expenses.

He suggested that the working hours be increased to 12 aday to compensate for the shorter work week.

Currently, factory hands work either five or six days a week.

According to reports in the Chinese press today,, Cheng said he has already introduced the four-day work-week in his factories, and his workers are saving on transport and toll charges because they are making fewer trips a week.

He said the government is right in calling for the people to change their lifestyles but it must also be prudent with its expenses. ... read the rest at Sun2surf
Aku tak tau pasal ekonomi, tapi aku masih ingat lagi bahawa dulu, Mahathir sendiri pun tidak setuju dengan pengurangan hari bekerja. Malah ada cuti awam pada hari kerja pun sudah di tukar kepada hari Sabtu dan Ahad. Mengikut akal bangang aku ni .... jika ini lah yang diorang fikirkan, ekonomi akan bertambah buruk. Tak der aktiviti, tiada urusniaga, ekonomi merudum. Tak tau la. .. korang yang bijak bijak tu fikirkan la.

Lepas wang Rebat ... wang Zakat


GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini - Utusmeloya 15 jun
Korang tengok lah betapa gembiranya rakyat Malaysia yang menerima wang rebat sebanyak maksima RM625 setahun. Tak sedar diorang keluar lagi banyak wang dari apa yang mereka dapat.

Selang sebulan dari tempoh menerima wang tersebut, wak nasihatkan agar mereka mereka yang gembira, akan mula berfikir tentang syarat syarat terima zakat, seperti berikut -
  1. Orang fakir: orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
  2. Orang miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
  3. Pengurus zakat : orang yang diberi tugas untuk mengumpulkan & membagikan zakat.
  4. Muallaf : orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
  5. Memerdekakan budak : mencakup juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir.
  6. Orang berhutang: orang yang berhutang karena untuk kepentingan yang bukan ma'siat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam di bayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
  7. Pada jalan Allah (sabilillah): yaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufasirin ada yang berpendapat bahwa fisabilillah itu mencakup juga kepentingan-kepentingan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit, madrasah, masjid, pesantren, ekonomi umat, dll.
  8. Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan ma'siat mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya. Atau juga orang yg menuntut ilmu di tempat yang jauh yang kehabisan bekal.
Jangan asyik bersorak ... tapi barang tergadai.

Kerajaan Jana Kemiskinan

Akibat tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang agak mendadak dan tergesa gesa, kini rakyat malaysia berhadapan dengan masalah kemiskinan yang semakin teruk. Tapi takkan kerajaan sebodoh itu ...

Baca berita ini,

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan. - malaysiakini.
Rakyat harus memikirkan sebaik mungkin. Apa kah tindakan yang anda boleh lakukan? Sediakan payung sebelum hujan.

Ali Rustam berang, blognya di ciplak

Marahbetul Alui Rustam apabila ada pula yang menciplak blog www.mohdalirustam.com miliknya. Menurutnya ....

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Beliau berkata blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.

"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mohd Ali berkata kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.

Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya - Bernama
Dah lama jugak wak tak jenguk blog beliau .... dan bila wak buka hari ini... memang wak terjejut . Cuba korang buka blog ini .......... http://mohamadalirustam.blogspot.com . Memang dari kacamata ali rustam.

Posting terkini

Blog Archive