Jihad Islam: 70 Pemuda Bersiap-siap Goncangkan Israel Dengan Operasi Syahid
dipetik: palestinkini
sern writes " Selasa, 18/12/07 - Gaza: Jurucakap Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan Gerakan Jihad Islam, Abu Ahmad berjanji untuk menggerakkan operasi syahid di wilayah Palestin jajahan 1948.
Jihad Islam berjanji akan kembali melancarkan roket-roketnya ke kota-kota bahagian utara Mujdal, ditengah aksi Israel di wilayah Gaza. Jihad Islam telah menyediakan 70 pemuda yang siap siaga untuk mati syahid bagi memerangi tentera Israel ketika mereka memasuki Semenanjung Gaza.
Abu Ahmad menjelaskan hal tersebut hari Jumaat (13/12) di depan para wartawan di Gaza. Beliau mengatakan, Brigade Al-Quds telah mampu mencipta roket tempatan yang menyamai roket Katyusa buatan Rusia.
Abu Ahmad mengatakan, beberapa hari sebelumnya, pihaknya telah melepaskan roket-roketnya ke kota Mujdal yang mengenai sasarannya di sana.
Puluhan roket yang telah dikembangkan telah mampu menjangkau kota Mujdal. Sebuah roket misalnya mampu menjangkau sejauh 22km. Beliau mengisyaratkan, selain pihaknya ada beberapa kumpulan pejuang yang juga telah mampu mengembangkan roket-roket tempatan setanding dengan roket import. Pengembangan kemampuan roket ini adalah atas usahanya sendiri. Kami juga memiliki beberapa roket Katyusa buatan Rusia. Kami mempunyai bahagian khusus yang bertugas mengembangkan persenjataan. Roket-roket sedia ada akan dibuka dan ditiru sehingga mencapai berkemampuan sama bahkan melebihi.
Sehingga kini, telah ada sejumlah roket milik Brigade al-Quds yang dapat menjangkau 12 Km dan cukup untuk memporak-perandakan wilayah Sederot yang terletak di bahagian utara Gaza.
Beberapa hari sebelumnya, sumber berita Israel menyatakan kekhawatirannya jika mereka menyerang Semenanjung Gaza. Mereka takut perkara yang sama berlaku seperti kota Mujdal yang menjadi sasaran roket perjuang Palestin.
ISU PMX KONONNYA SOKONG ISRAEL.
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment