Sebagai rakyat, aku dok tengok dan baca kenyataan yang berbelit belit dari kerajaan dan pemimpin. Nak buat macamana, memang dah jenis macam tu. Cakap banyak pun tak guna, kritik pun mereka tak dengar. Hanya yang mampu tengok sahaja keletah dan karektor masing masing. Kalau aku pun bingung, tak heran lah kalau mereka mereka itu lebih jauh bingung dari aku.
Baca keratan ini,
Syarikat pemaju koridor utamakan pekerja asing akan kena tindakan
KUALA TERENGGANU: Syarikat yang terlibat dalam pembangunan koridor yang gagal menawarkan pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi mengambil pekerja asing boleh dikenakan tindakan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar.
Dan baca ini pula,
Indonesia Bekal 100,000 Pekerja Untuk Pembangunan WPI
JOHOR BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Indonesia akan membekalkan 100,000 tenaga kerjanya secara berperingkat ke Johor bagi memenuhi keperluan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sehingga tahun 2020, kata konsul besarnya di Johor, Renvyannis Gazali.
Menurutnya persetujuan tentang penghantaran pekerja republik itu ke Johor itu dibuat berikutan permintaan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk menjamin pembangunan di wilayah pembangunan khas itu berjalan lancar.
Diorang faham ke apa yang diorang cakap tu? Dari aku baca berita lebih baik aku tengok cerita kartun. Lebih logik lagi kartun dari berita berita negara ni.
0 comments:
Post a Comment