dipetik: Buletinonline Ditulis oleh SM Noor | |
Thursday, 20 December 2007 | |
Setiu, 19 Dis – Menjelang Eidul Adha, seorang lagi rakyat bawahan menjadi mangsa kezaliman kerajaan UMNO/BN Terengganu. Shafie Awang, 50, dari Kampung Bahagia Bintang Setiu sudah 35 tahun menduduki sekeping tanah di kawasan Beris Panjang, Mukim Guntung, Setiu, Terengganu. Sepasang suami isteri itu hidup bahagia walaupun menempuh zaman sukar. Mereka mendirikan rumah tangga dan hasil kerukunan hidup sebagai suami isteri, mereka dianugerahkan oleh Allah 12 orang cahayamata. Shafie dan Patimah membesarkan anak dengan menjalankan usaha menghasilkan arang kayu yang diproses di satu sudut tanah, berhampiran dengan rumah mereka. Shafie hampir berputus asa, setelah berkali-kali memohon tanah tersebut, masih tidak berjaya. Kerajaan UMNO/BN Terengganu yang diterajui oleh Tan Sri Wan Mokhtar tidak melayan permohonan mereka. Apabila PAS mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada tahun 1999, PAS telah mengotakan janji dengan membuka permohonan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah. Siti Patimah telah memohon tanah tersebut semasa kerajaan PAS memerintah antara 1999 – 2004. Sebagai sebuah kerajaan yang beramanah, PAS telah meluluskan tanah tersebut kepada keluarga Shafie dan Siti Patimah. Dari hasil pendapatan membuat dan menjual arang kayu, mereka telah membayar RM 3,853.00 kepada pejabat Tanah Setiu sebagai bayaran ‘premium’ kepada tanah seluas 0.9102 hektar itu, setelah kelulusan jadual 5A diperolehi. Namun begitu, menjelang Eidul Adha tahun ini, mereka tidak menyangka bahawa mereka akan menjadi mangsa kezaliman kerajaan UMNO/BN yang diketuai oleh Idris Jusoh. Walaupun tanah tersebut telah diluluskan dan bayaran premium telah dibuat, akibat dendam kesumat kerajaan UMNO/BN kepada kerajaan PAS, kelulusan tanah tersebut dibatalkan tanpa sebarang alas an. Mereka telah menerima surat yang bertarikh 29 November lalu dari pejabat tanah Setiu yang menafikan kelulusan tanah yang telah mereka usahakan selama 35 tahun. Tergamak sebuah kerajaan yang berslogankan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bestari’ mengkhianati rakyat sendiri. Bukan sahaja membatalkan kelulusan tanah, malah Siti Patimah diminta hadir ke pejabat Tanah Setiu untuk mengambil semula wang bayaran premium yang telah dijelaskan. Justeru kesah benar diatas menunjukkan ‘bohongnya’ Idris Jusoh yang mengatakan bahawa kerajaan yang di ketuainya adalah ‘mesra rakyat’. Kata-kata manis Idris Jusoh yang mengatakan beliau adalah Menteri Besar kepada semua rakyat, ketika sidang DUN baru-baru ini adalah kata-kata ‘dusta’ semata-mata. Apa tidaknya, Siti Patimah dan Shafie yang tinggal di Kampung Bahagia, Bintang, Setiu adalah mangsa korban (yang entah ke berapa?) kerajaan UMNO/BN Terengganu menjelang hari raya korban 1428H |
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
47 minutes ago
0 comments:
Post a Comment