KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 21, 2007

Umi Azlim sudah ditemui di Pusat Tahanan Shantou



Bapa Umi menunjukkan resit merah jambu sebagai bayaran 300 yuan kepada banduan itu selepas lawatan di kem tahanan. (Gambar)

Di China, semua hukuman mati, segera atau ditangguh, disemak semula oleh Mahkamah Agung Rakyat. Hukuman mati dengan diberikan tempoh dua tahun untuk merayu boleh dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup dengan berkelakuan baik.

Bapa: Ghairah kerja punca Umi Azlim terpenjara
Mstar

SHANTOU (Guangdong): Dari luar, Pusat Tahanan Shantou kelihatan seperti penjara lain -- tembok tinggi, tetapi tampak bersih dengan jubin berbentuk empat segi dan barisan kawat besi di atasnya.

Tiupan bayu dari laut berdekatan kadangkala berbaur dengan bau hancing dari kebun sayur yang terdapat di sepanjang jalan sempit menuju ke pintu utama.

Di dalam pusat tahanan itu, banduan akhir No. 221 akan menyambut ulang tahun ke-24 tahun bulan depan, pada 4 Jan.

Untuk tempoh hampir setahun kini, pusat itu telah menjadi tempat tinggal warga Malaysia, Umi Azlim Mohamad Lazim, dari Kelantan yang menjadi tumpuan media kerana menyeludup dadah ke selatan China.

Empat bulan selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaysia Sabah dengan menggenggam segulung ijazah sains biologi, dia meringkuk di penjara di China, ditahan bersama-sama hampir 3kg heroin dalam bagasinya sebaik tiba di lapangan terbang Shantou di selatan Guangdong pada 19 Jan.

Dia bukan merupakan rakyat Malaysia pertama ditahan di luar negara kerana menyeludup dadah. Malahan di Guangdong dan wilayah Fujian yang berjiran, terdapat 37 kes dalam rekod Konsulat Malaysia di Guangzhou.

Namun kesnya telah menonjolkan kemelut wanita Malaysia yang dipergunakan sebagai "pembawa dadah" dengan lebih 30 orang ditahan di luar negara baru-baru ini. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive