KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

ISA – Simbol penyeksaan yang menghalang perhimpunan secara aman

dipetik: Malaysiatoday

Amnesty International Malaysia amat dukacita bahawa 50 tahun selepas Merdeka, dan pada ulangtahun ke-20 Operasi Lallang, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghapuskan aktiviti politik dan sosial yang aman, dan juga kritikan membina daripada badan bukan kerajaan dan juga gagasan-gagasan masyarakat yang lain. Penahanan ISA hari ini dengan jelas berniat untuk menghadkan perbincangan yang penting tentang isu polisi, ekonomi, rasuah dan cabaran sosial yang lain.

Lagipun, aktivis hak asasi seluruh dunia sudah lama mengecam ISA sebagai melanggar prinsip antarabangsa. Ironisnya, kerajaan Malaysia masih tidak segan menggunakan ISA walaupun Malaysia sekarang menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Amnesty International Malaysia juga sangat bimbang sekarang kerana ISA merupakan satu symbol penyeksaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Awal tahun ini, keputusan mahkamah tentang kes Malek Hussin, seorang bekas tahanan ISA, membuktikan bahawa penyeksaan tahanan ISA sememangnya berlaku dan ia adalah satu perkara yang serius.

Amnesty International Malaysia menekankan bahawa ISA adalah satu undang-undang yang digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. ISA merupakan simbol penyeksaan dan ketidakadilan yang paling ketara di Malaysia dan kami mendesak pihak pemerintah supaya memansuhkan ISA dengan segera.

Shanon Shah bin Mohd. Sidik
Pengarah Eksekutif
Amnesty International Malaysia

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive