KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

Samy dalam BAHAYA

http://www.nst.com.my/Wednesday/National/20071031082432/insidepix1

catatan ringkas www.umno-reform.com

Amat terkejut bila seorang kawan India berkata, bahawa hari ini dia mahu mendengar ceramah. Ini ceramah anjuran Hindraf. Ini ceramah untuk masyarakat India dan dia mengajak saya sekali. Hindraf sudah menjadi satu nama baru yang disebut-sebut oleh orang India. P.Utayakumar sudah menjadi nama baru – tokoh reformasi masyarakat India, tokoh pembebasan orang India biar apa pun justifikasinya dan apa pun motif beliau. Yang pasti, mereka hadir menyokong Hindraf. Satu persoalan – adakah masyarakat Hindraf anti UMNO, anti Barisan Nasional , anti Melayu, anti Samy Vellu atau anti British.

Malang kalau Hindraf adalah anti Melayu. Hindraf sepatutnya selesaikan masalah kepimpinan India hari ini khususnya Samy Vellu yang dikira purba. Itu masalah utama dan mengajak membenci Melayu dan menuntut apa yang ada pada Melayu adalah langkah yang tidak bijak.

Mungkin Hindraf kena menetapkan satu ketetapan “ mengeluarkan Samy Vellu “ sebagai kepimpinan mereka. Selagi tidak maka apa yang nampak adalah Hindraf adalah anti Melayu, membawa unsur perkauman dan tidak akan dapat di terima perjuangan mereka selain dari menimbulkan huru-hara dalam negara kita.

Namun senario kecil persekitaran kita nampak seakan Samy Vellu sudah sampai ke akhir jalannya. Kita nampak bahawa orang India sudah menjarakkan diri dari Samy Vellu. Masyarakat India seakan tidak berpecah tetapi beralih arah-meninggalkan Samy Vellu

1 comments:

Anonymous said...

Siapa kay HINDRAF anti melayu. HINDRAF adalah anti UMNO led goverment. Apasal..kalau sesiapa bersuara sahaja..kata anti melayu laa ini laaa.. Is Malay's that unsecure. Pity laaa. HINDRAF is not anti malay. And as a malaysian indian, i know the feeling of indians, they have no ill feelings to malays. IT's UMNO pukimak...

Posting terkini

Blog Archive