KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 13, 2007

Mahfuz persoal integriti Haidar

Tan Sri Haidar Mohd Noor retired as Chief Judge of Malaya in November 2004
Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily


Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini mempersoal wibawa dan integriti Tan Sri Haidar Mohamed Noor yang diumumkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan 'Pita Lingam'.

Menurut Mahfuz, pelantikan Haidar hanya akan menggambarkan bahawa suruhanjaya itu secara keseluruhannya dipertikai integritinya.

Haidar didakwa pernah dikaitkan dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Haidar menjawat jawatan sebagai pendaftar.

Percaturan

"Saya melihat bahawa ianya membawa persoalan kepada integritinya sebagai Pengerusi memandangkan beliau juga menjadi hakim dalam era tersebut," katanya.

Pelantikan Haidar ini amat diragui dan timbul persoalan samada kenaikan pangkat Haidar ini ditentukan oleh percaturan yang mungkin dibuat oleh VK Lingam dan Vincent Tan, dakwa Mahfuz.

Meskipun katanya Nama Haidar tidak disebut dalam perbualan 'Pita Lingam' namun, kesangsian tetap timbul kerana sebagaimana yang didedahkan dalam pita tersebut, ada kemungkinan pelantikan hakim sebelum dan selepas dari tahun 2002 (ketika perbualan VK Lingam dirakam) ada kaitan dengan percaturan yang dibuat.

Ambil pandangan Sultan Azlan Shah

Justeru itu keanggotaan Haidar sendiri boleh disangsikan dan beliau juga melihat kenyataan kerajaan bahawa pelantikan itu dibuat setelah mendapat perkenanan dari Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja Melayu adalah amat disangsikan.

Ini kerana katanya, kali terakhir Majlis Raja-raja Melayu bersidang ialah ketika memutuskan soal kedudukan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Justeru selepas dari itu hingga kini, Majlis Raja-raja Melayu belum bersidang lagi, dan kenyataan kerajaan bahawa keanggotaan suruhanjaya itu telah dirujuk kepada pihak Istana adalah meragukan.

"Kita tidak mahu proses ini dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan saranan yang mungkin tidak menyeluruh dan kurang tepat.Ia memerlukan perbincangan dari Majlis Raja-raja," katanya.

Beliau melihat bahawa pandangan tokoh undang-undang dalam Majlis Raja-raja Melayu seperti Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dalam melantik kenaggotaan suruhanjaya ini amatlah penting. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive