Malaysia tanah air ku. Hanya orang yang betul betul rakyat Malaysia, sayangkan negaranya. Kalau hendak bercakap, semua boleh bercakap. Perompak, perogol, cikgu sekolah dan murid murid pun kata yang serupa. Nyanyi lagu kebangsaan yang sama, lagu NEGARAKU. Tapi cuma cara kehidupannya yang berbeza. Apa nak buat, Qada dan Qadar di tangan tuhan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Siapa yang mahu jadi perompak, siapa yang mahu jadi pencuri? Kalau boleh semua mahu menjadi Raja. Kalau boleh semua mahu jadi Menteri. Tapi bukan mudah kerana dari segi kebenarannya, tanggung jawabnya berat kecuali pada mereka yang tidak mahu bertanggung jawab. Tahunya berpoya poya, berpeleseran dan menghabiskan duit rakyat. Kerana sikap sebeginilah maka jawatan Menteri dikejar orang. Nasib baik Raja bertabal kerana salasilah, kalau tidak, jawatan Raja pun orang nak rampas.
Sejarah Tanah Melayu sukar di cari. Entah hilang atau disorok? Sejarah negara kita bertabur tabur. Ada di England, ada di sepanyol dan ada di Amerika. Negara tidak mempunyai sejarah. Sejarah kita ditangan orang. Yang kita tahu, sejarah negara sejak merdeka. Itu lah yang diceritakan. Kerana ada pihak yang mahu kita tahu setakat itu sahaja. Buktinya gambar 5 pemimpin ditampal merata tempat. Menunjukkan bahawa raja sebenar negara kita adalah selepas nama bertukar ke 'MALAYSIA'. 5 wajah itu adalah dari kumpulan yang sama. UMNO namanya. Melayu pula anaknya.
Aku malu nak bercerita tentang sejarah kerana negara kita asyik dijajah. Kalau Malaysia digambarkan sebagai wanita, negara kita umpama JANDA BERHIAS. Kawin cerai, kawin cerai. Entah berapa lelaki yang sudah menjamah tubuh tanah Melayu. Dari Sepanyol, Belanda, British, Siam, Jepun dan akhirnya Malaysia mempunyai suami Melayu bernama UMNO. Sikap UMNO serupa BRISTISH. Cuma wajahnya berbeza. Hidung kemek, bersembahyang dan berbahasa Kebangsaan. Tapi kerapnya, UMNO cuba menjadi BRITISH. Kononnya maju, kononnya moden.
UMNO dan MALAYSIA, kawin 50 tahun yang lalu. Kasihnya UMNO pada Malaysia kerana Malaysia umpama wanita yang masih bergetah. Kulitnya masih tegang, wajahnya masih putih licin dan berseri seri. Tentu JAMU baik digunakan. Kalau Malaysia berjalan, mata yang memandang terbutang mata, ke kiri dan kekanan mengikut alunan gendang. Semua orang cemburu dengan wanita sebegini. Kalau lihat Malaysia berjalan, mulut ternganga, air liur meleleh. "Bergetah janda itu" Kata mereka. Ramai jejaka yang ingin mencuba nasib menggoda Malaysia, janda pingitan. Suka berkebaya dan berhias dengan solekan.
Antara yang termimpin dan terigau di Malam hari adalah Jejaka kampung seberang, si PAS dan si KEADILAN. Mereka belas melihat hidup Malaysia. Janda yang mempunyai anak ramai, di hempas, dipulas oleh UMNO tanpa belas ehsan. anaknya pula di tekan dan ditekan tidak berperi kemanusiaan.
Malaysia sudah silap pilih pasangan. Suaminya seorang yang pemalas, kejam, memukul isteri dan sajak digelar sebagai pisau cukur. Madu belum habis, sepah tidak dibuang. Kalau madu habis, baru lah suaminya cari lain. Kerana itu UMNO masih berada di sini dan kerana itu suami Malaysia masih UMNO.
Malaysia mempunyai anak. Namanya Melayu. UMNO sering menyalahkan Melayu dan menyuruh Melayu bekerka kuat. Melayu terpaksa menabung wang kerana UMNO bilang, ianya untuk masa depan. Tapi UMNO menggunakan wang Melayu untuk berpeleseran.
Itu sebab orang kata kita anak Malaysia kerana Malaysia melahirkan anak yang bodoh bodoh, namanya Melayu. Di depan Melayu, UMNO tunjuk baik. dibelakang Melayu, UMNO pukul Malaysia, belasah Malaysia selagi mampu. Semua yang berlaku dipendam. Bila keluar bilik. UMNO kata sayang pada Malaysia. Melayu pun gembira kerana bapa masih sayang ibu.
Melayu asyik ditipu. UMNO asyik menipu. UMNO tidak mahu tinggalkan Malaysia kerana semuanya masih ada. Kalau Melayu tahu UMNO adalah seoarang bapa yang curang, sudah pasti melayu tolak UMNO lama dulu. UMNO sering berjumpa wanita lain bernama Australia. Dibelikan harta, dibelikan rumah dan dibelikan kapal layar. Ketika Malaysia menderita AIR PASANG (banjir), UMNO akan pergi bertemu Australia. Disana UMNO bersenang lenang kerana Australia masih muda. Tanahnya masih subur dan tidak banyak kehancuran. UMNO bertemu Australia untuk tidak diganggu oleh melayu dan anak angkatnya, HINDRAF.
Malaysia, semakin hari semakin tua. Hanya tunggu waktu untuk MONOPOUSE. Ketika itu Malayisa tidak bergetah lagi, tidak berminyak lagi, Banyak masalah mental dan kacau bilau. Ketika itu Malaysia akan ditinggalkan oleh UMNO untuk bersama Australia. Kalau Melayu tidak sedar dari sekarang, Malaysia akan hancur.
Malaysia sedih kerana anak anak melayunya tidak sedar. Masih beranggapan bahawa UMNO bapa mithali, sedangkan seburuk buruk bapa adalah UMNO. Malaysia tidak sanggup mengadu ke pejabat agama kerana Malaysia tahu pegawai disana adalah teman baik UMNO. Rashid adalah teman baik UMNO. Pernah dilihat bersama sama. Sebagai bukti, tempoh kerjanya disambung lagi.
Kini harapan hanya lah pada Melayu. Anak angkat Malaysia si HINDRAF sudah pun membantah dan akibatnya, UMNO halau HINDRAF dari rumah. Malaysia sedih kerana Melayu yang diharap masih tidak sedar. Untuk mengadu, HINDRAF sudah tiada. Malaysia termenung sendiri. Menanti hari tua dimana hari jodohnya akan berakhir. Ketika itu semua sudah hancur dan ketika itu Malaysia akan bersedih kerana Melayu yang sepatutnya sedar, masih tidak sedar dan membiarkan Malaysia diratah oleh suami DAYUS bernama UMNO.
Dec 13, 2007
MALAYSIA JANDA BERHIAS (18SG)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment