KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 15, 2008

KITA LIHAT SIAPA YANG LEPAS dan YANG KENA

Polis buat tangkapan

Berita Hairan
Oleh Srihanasham Noordin dan Azida Shaharuddin

(Imej kanan) Pengerusi MIC Johor, Datuk K S Balakrishnan.

Pembantu ahli politik bantu siasatan kes tembak Adun Tenggaroh

JOHOR BAHRU: Polis menahan beberapa individu termasuk pembantu peribadi seorang ahli politik negeri ini dan seorang pekerja kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy yang mati ditembak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang dihubungi di Kuala Lumpur malam tadi, mengesahkan polis menahan beberapa individu di sini, tetapi enggan mendedahkan jumlah atau identiti mereka kerana siasatan masih dijalankan.

Pembantu peribadi ahli politik itu berusia 57 tahun dan ditahan sepasukan detektif Cawangan Khas di pejabatnya di Menara Ansar di sini pagi semalam, manakala pekerja mendiang Krishnasamy ditahan di Segamat, kelmarin.

Difahamkan, pembantu peribadi ahli politik itu ditahan berikutan maklumat bahawa dia meminta kerani di ibu pejabat MIC Johor mengarahkan pengawal keselamatan bangunan itu mengambil surat daripadanya di Menara Ansar, kira-kira 300 meter dari situ, beberapa minit sebelum pembunuhan berlaku.

Krishnasamy, 61, mati ditembak di bahagian bawah mata kirinya di dalam lif bangunan MIC, di Jalan Segget di sini ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di tingkat dua, Jumaat lalu.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat pembunuhan itu dan mengedarkan lakaran wajah seorang suspek lelaki India yang dilihat keluar dari bangunan itu secara tergesa-gesa, sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Pengerusi MIC Johor, Datuk K S Balakrishnan, berkata beliau dimaklumkan pembantu peribadinya dipanggil bagi membantu siasatan polis, tetapi belum menghubunginya untuk mendapat maklumat lanjut.

"Saya mengetahui pembantu peribadi saya dipanggil bagi membantu siasatan polis, namun saya belum menghubunginya bagi mendapat maklumat lanjut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Awal Tahun, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Johor 2008 di Hotel Tropical Inn di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Balakrishnan menasihatkan ahli parti yang menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak supaya tidak menganggapnya sebagai remeh dan membuat laporan polis segera bagi tujuan keselamatan.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan kejadian yang menimpa Krishnasamy tidak berulang.

Balakrishnan berkata, setahu beliau mendiang timbalannya tidak pernah membuat laporan polis dan tidak pernah menceritakan mengenai ugutan yang diterimanya walaupun mereka mempunyai hubungan baik.

"Kami kawan baik dalam parti dan sentiasa bekerjasama, tetapi mendiang tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai sebarang ugutan.

"Setahu saya dia (Krishnasamy) juga tidak mempunyai musuh dalam politik dan mesra dengan semua ahli parti. Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu mendiang pernah menceritakan (ugutan) itu kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dua minggu lalu," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive