pemudabukitkatil
Mungkin kisah ini suatu kisah biasa sahaja, tetapi kisahnya memang benar-benar berlaku membabitkan perompak dengan mangsanya seorang pemimpin PAS, baru-baru ini.
Menurut empunya cerita, ketika perompak sedang menggelidah rumah mangsa (mangsa sekeluarga telah diikat ketika itu) mencari wang dan baarngan berharga perompak menjumpai sebuah 'Tabung', mangsa memberitahu perompak bahawa Tabung itu adalah tabung untuk perjuangan Islam (PAS), dia boleh ambil Tabung itu tetapi perompak enggan mengambilnya. Perompak terjumpa pula Kamera Digital, mangsa merayu supaya tidak mengambilnya kerana terdapat banyak gambar yang belum dicetak, perompak bersimpati dan tidak mengambilnya. Begitu juga 'kad sim' telefon milik anak mangsa, anak mangsa merayu supaya memulangkan kad sim kerana banyak data didalamnya, perompak tidak mengambil kad sim.
**Penulis...
Jika dikatakan pelik memanglah pelik kerana perompak dan mangsa boleh tawar menawar. Perompak pula boleh bersimpati dengan mangsa. Mungkin inilah perompak yang paling baik pernah ditemui setakat ini. Perompak juga turut bersimpati dengan perjuangan PAS kerana tidak mengambil Tabung Derma milik PAS di rumah mangsa!.
Jan 15, 2008
Simpati Seorang Perompak
Labels: Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
perompak dah masuk ,tapi tak mengambil apa2 pun baraang yg berharga olih sebab beberapa perkara,munkin kerana salah masuk rupanya rumah member sama perjuangan...
Post a Comment