Pelanggan beratur tunggu pelacur
Oleh Norfaisal Jahuri
hmetro
MELAKA: Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.
Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.
Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam operasi jam 2.30 petang di hotel berkenaan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki warga asing beratur di belakang hotel itu seolah-olah menunggu giliran. more...
No2umnO - Kalau bercerita tentang Melaka, semua akan teringat Masak Asamnya yang bermacam macam rasa dan resepi. Nampaknya zaman itu akan berlalu kerana pelacur berjaya mengalahkan kepopulariti masak asam. Tiada lagi Bandaraya bersejarah, telah bertukar ke pekan masak asam dan kini bertukar kepada Bandaraya Pelacur Kurang asam.
Jan 15, 2008
PELACUR LAGI LAKU DARI MASAK ASAM
Labels: Maksiat Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Melaka juga terkenal dengan "Bandaraya Babi" pasar banyak babi di Melaka. Pusat pembiakan babi terbesar di Asia Tenggara. Tahniah Ali Ketam kerana berjaya menjadikan Melaka Bandaraya Agro.. Pertanian Satu Perniagaan.. Ternak Lah BABI Untuk Masa depan yang gemilang..
Post a Comment