reunionunic.wordpress.
Kerajaan Islam Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memasuki tahun ke 18 pemerintahan dengan penuh cabaran. Pelbagai pihak meramalkan PRU ke 12 bakal berlangsung pada awal bulan Mac ini. Maka segala persediaan dan kelengkapan perang telah disediakan. Hanya menanti isyarat perang.
Dengan kancah peperangan yang telah diatur sebegitu rupa, pihak pembangkang melangkah ke medan demi prinsip prinsip perjuangan yang ingin ditegakkan. Keadilan, kesejahteraan rakyat, kerajaan bersih dan beramanah dijadikan sandaran.
Kelantan, kubu kuat pembangkang yang telah menerokai dan mengungguli pelbagai perubahan yang menguntungkan rakyat diserang habis habisan. Kelantan menjadi rujukan model sebuah kerajaan yang tidak dipimpin oleh kerajaan campuran seperti Barisan Nasional, namun berjaya mengekalkan kemakmuran dan keamanan. Ini diakui sendiri oleh masyarkat cina, india dan siam yang mendapat layanan yang adil dan saksama di bawah kepimpinan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sekarang. Dan yang penting juga, kerajaan negeri Kelantan tidak jatuh bankrap sebagaimana diharapkan oleh pemimpin UMNO Kelantan. Malah berupaya membayar hutang yang ditinggalkan mengikut jadualnya.
Semua pihak juga perlu mengakui, tanpa tekanan dari pihak pembangkang terutama dalam bentuk kerajaan ini, banyak lagi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Rakyat Terengganu mungkin tidak dilimpahkan dengan pelbagai projek dan kemudahan sekiranya kerajaan tidak bertukar tukar. Sedangkan pemerintahan BN sebelum ini hanya menumpukan pembangunan di kawasan tertentu sahaja. Dan dengan hasil minyak yang sebegitu rupa, rakyat terus dibelenggu kemiskinan.
Kerja pembangkang adalah memperbetulkan perjalanan dan pentadbiran kerajaan, di saat pihak penyokong kerajaan hanya menjadi pengampu dan pak turut, tidak menjadi pemantau atau menjalankan tugas ‘check and balance’ demi mendapatkan hasil yang terbaik untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. Inilah asas kepada kerajaan berparlimen yang menjadi anutan politik kita dan kelihatan cuba dilaksanakan oleh pihak pembangkang. Bukan sekadar untuk meraih undi, tetapi atas dasar tanggungjawab yang dipikul.
Mengapa Kelantan menjadi sasaran? Jawapannya cukup mudah! Kerana Pak Lah tiada kekuatan yang boleh dibanggakan! Sekiranya beliau mampu merampas Kelantan dari Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, yang Tun Mahathir pun tidak mampu melakukannya, maka beliau ada sesuatu yang boleh dibanggakan kepada UMNO. Beliau tidak rela menjadi bahan cemuhan dan perbandingan bila diletakkan sebaris dengan 4 Perdana Menteri sebelumnya.
Percatuan utamanya tidak lain menantu kesayangan, Khairy Jamaludin yang dipertangungjawabkan mengepalai dan memantau jentera pemuda Umno Kelantan. Rekod Khairy tidaklah sehebat mana. Maka beliau diminta membuktikan kekuasaannya sebelum melangkah lebih jauh. Beliau hanya hebat sekarang kerana menjadi menantu kepada seorang Perdana Menteri. Seorang Perdana Menteri yang tidak memiliki wawasan dan halatuju yang jelas berbanding yang digantinya.
Dengan menggunapakai formula Terengganu yakni membawa muka muka sehingga 70% serta kesanggupan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan untuk dikorbankan, segalanya seakan berpihak kepada mereka. Segala salahlaku pemimpin Barisan Nasional seakan hama yang terlalu kecil dan begitu mudah untuk dilupakan oleh rakyat marhain. Dengan pelbagai janji dan harapan, kelebihan media dan manipulasi, mungkin kelihatan tiada yang mampu menyekat mereka. Untuk memajukan Kelantan. Menzahirkan Kelantan Baru.
Namun Pak Lah dan Barisan Nasional perlu sedar. Bukan sekadar kudrat dan doa ahli, kepimpinan PAS, guru guru pondok serta sokongan pelbagai pihak yang mengiringi PAS memasuki gelanggang kali ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri merestui untuk Kerajaan PAS terus kekal di Kelantan.
Pertarungan ini pasti sengit. Barisan Nasional sudah biasa kalah di Kelantan. PAS juga pernah kalah. Antara kekalahan Barisan Nasional dan PAS, hanya rakyat yang boleh menilai sejauh mana kesan kekalahan itu membawa kebaikan kepada mereka. Saya begitu pasti, undi protes bakal menentukan siapakah yang menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan selepas PRU 12!!! Harap tuan guru dapat kekal…amin!
Feb 10, 2008
Berita pasal kelantan!!!
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment