KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 10, 2008

Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan

Foto
Minda Pembaca: Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan

Oleh Ahli Umno Kecewa
klpos.com

BARU-BARU ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.

Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah bahagian.

Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi.

Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.

Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil.

Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya bernombor 1.

Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.

Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak'.

Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.

Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia untuk membuat perubahan.

Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.

Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.

Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan tetapi BN tidak boleh bermegah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar yang menyusahkan rakyat.

Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psaikologi yang maha besar kepada BN.

Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihanraya umum ini.

Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.

Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam.

Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya.

Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik kita.

Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.

Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang campur tangan negara asing.

Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive