Malaysiakini - (...) "Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?
"Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan.
Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata "sudahlah" dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut.
Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj (foto atas: kiri), seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia.
Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa.
Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu.
"Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya. More...
Other news: Altantuya's father loses composure in emotional press conference
No2umnO - Sorry Shaariibu, kitorang kat sini dah bertukar jadi binatang. Ganas dan tak berperi kemanusian. Rasuah kat sini pun kuat bro !!!
Alhamdulillah Kerajaan Madani.
1 minute ago
2 comments:
Yalah,sebagai manusia yg waras,kita amat bersimpati,
dgn kejadian ini.
Tentulah wang bukan jadi ukuran nilai nyawa manusia,apatah lagi dilakukan dgn begitu kejam.
Diharap Datin Seri Wan Azizah dgn rakan rakan nya yg berwibawa itu dapat melakukan sesuatu, agar nama baik rakyat Malaysia tidak tercemar dgn prilaku sekumpulan penjenayah yg berselindung di sebalik pangkat dan kuasa yg mereka ada.
The only thing that is equal to justice is by 'killing' UMNO and burying it in Johor the land that gave birth to it.
4 years, and the work starts now.
Daulatkan keadilan, jatuhkan dan kuburkan kezaliman (UMNO).
garden
Post a Comment