bharian - Seorang lagi wanita Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, kini ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid, Sepanyol sejak 20 Mac lalu kerana disyaki cuba menyeludup kokain ke negara itu dari Brazil.
Wanita berusia 24 tahun dari Klang, Selangor itu ditahan di Lapangan Terbang Malaga, Madrid, selepas pihak berkuasa negara itu menemui lebih sekilogram kokain disorok di bawah beg yang dibawanya masuk ke negara itu dari Brazil.
Wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Klang itu dipercayai menjadi mangsa sindiket sama yang memerangkap Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dan Norfaizura Azura Md Lias, 28, yang kini ditahan di Malta, kerana kesalahan sama.
Kakaknya yang menghubungi Berita Harian di sini, semalam memberitahu adiknya pergi ke Eropah pada 10 Mac lalu, tetapi keluarganya hanya mengetahui perkara itu selepas wanita berkenaan menelefon ibu mereka memberitahu dia ditahan polis Sepanyol pada 29 Mac. more...
PENYOKONG TEGAR SANUSI. TENGOK PERANGAI WALAUN....GITU LA ..
22 minutes ago
0 comments:
Post a Comment