KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 17, 2008

MAKIN HATINYA SAKIT, DIA SEMAKIN ‘JAHAT’ - Malaysiakini

kerispusakamelayu - [...] Hinggakan Tun M sanggup meramalkan dengan pengakuan Najib itu dijangka UMNO akan hanyut dan begitu optimis meneka bahawa UMNO akan lebih parah dalam waktu terdekat merupakan satu ramalan yang sedikit sebanyak berunsur sangat dengki dengan kepimpinan Pak Lah yangkelihatan pasangan paling ideal buat ketika ini.


Tun M benar-benar yakin bahawa dengan kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu adalah disebabkan Pak Lah semata-mata. Dalam gambaran kasarnya, Mahathir menganggap Najib seorang yang bodoh menyokong Pak Lah. Saya menyimpulkan kenyataan Tun M itu membawa erti, Pak Lah dan Najib sebenarnya adalah anak didik beliau sekian lama. Belum pernah pula dizaman pemerintahan Tun M, dua insan ini, Abdullah dan Najib pernah terlepas cakap atau berkias-kias mahu melawan bos mereka Tun M.

Mereka berdua paling cool jika dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Atas sifat-sifat itulah kononnya Tun Mahathir yang sentiasa dilihat orang sebagai orang berpandangan jauh meletakkan Abdullah sebagai pengganti beliau paling sesuai dan dicadangkan supaya Najib dilantik menjadi timbalannya. Kehendak Mahathir berlaku dan inilah frame yang ditinggalkan untuk menjaga parti, jaga negara.

Selepas pilihan raya umum tahun 2004, BN menang besar, Mahathir mungkin terperanjat melihat sokongan rakyat kepada BN yang begitu hebat sekali. Tidak salah kalau keadaan itu sebenarnya rakyat memang cukup suka Mahathir sudah tidak berkuasa lagi. Tetapi apabila Pak Lah membuat keputusan membatalkan pembinaan jabatan bengkok antara Malaysia dan Singapura, Mahathir mula melenting. Itu yang belum dibuat. Belum lagi Pak Lah kata nak robohkan KLCC Twin Tower dan hentikan pembangunan Putrajaya atau tutup KLIA.... selanjutnya.

1 comments:

malayamuda said...

mamak kat muka depan blog ini pun boleh jadi ahli UMNO, Pemimpin Melayu dan mungkin satu hari nanti Perdana Menteri Malaysia.

Melayu ketandusan pemimpin ke ?

Posting terkini

Blog Archive