Mstar | Tindakan hanya akan diambil ke atas penulis blog sekiranya ada aduan dibuat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi tidak dapat berbuat apa-apa jika tiada laporan dibuat terhadap penyebaran artikel berunsur fitnah yang mengancam kestabilan negara.
Demikian komen Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta penulis blog dinegara ini berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin baru-baru ini.
Jelasnya, SKMM tidak akan menyekat kebebasan mana-mana penulis blog untuk menyuarakan pendapat mereka selagi tidak menimbulkan fitnah yang mengugat kestabilan negara.
“SKMM hanya akan bertindak bila ada laporan dibuat terhadap blogger yang menyiarkan artikel berunsur fitnah, lucah dan perkara yang menyalahi undang-undang di negara ini,” kata Shaziman ketika ditemui di Parlimen hari ini.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment