matsamankati | Berbalas SMS seseorang dengan http://www.umno-reform.com/ sebenar tapi memaklumkan bahawa sahih Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful Bukhari sehari sebelum beliau mengaku diliwat dan membuat laporan polis atau tuduhan itu.
SMS itu dipetik sebagai berkata, saya ada bukti bahawa Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful Bukhari. SMS itu terus memaklumkan bahawa mereka akan menghantar bukti kehadiran Ezam tetapi tidak mahu menjawab sama ada pertemuan itu merupakan konspirasi Ezam Mohd Nor – bekas Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat.
Pertemuan itu dimaklumkan oleh orang kanan Ezam, yang baru-baru ini menyertai Ezam untuk menyeberang ke UMNO. Dalam SMS itu juga beliau mengaku bahawa orang yang memaklumkan itu ada bersama-sama sewaktu pertemuan itu dibuat.
Kami menghantar dua soalan lain – Adakah benar orang Najib yang meminta Ezam Mohd Nor menyempurnakan isu ini dalam usaha menyelamatkan UMNO? Beliau enggan menjawab dan apabila ditanya sama siapa nama salah seorang yang hadir sewaktu Ezam mengarahkan laporan polis itu dibuat – jawab beliau TIDAK ADA KOMEN.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment