MStar | Presiden pro tem National Bloggers Alliance merangkap penasihat Kelab Media Kebangsaan, Ahirudin Attan, yang memblog dengan nama Rocky's Bru berharap kaedah memblog dapat dilihat dari sudut positif.
"Memberi gambaran negatif tentang memblog atau para bloggers menggambarkan seolah-olah kita sedang menuju balik ke zaman batu dan primitif. Kita sudah melalui perkara ini dulu," kata Ahirudin sebagai kenyataan balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang berkata tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan adalah perbuatan khianat.
Semalam, Abdullah mengingatkan rakyat supaya tidak melayani dan mudah terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan pembohongan yang disebarkan menerusi laman blog dan YouTube.
Ahirudin berkata beliau turut terkilan dengan label pengkhianat yang ditujukan kepada para bloggers.
Perdana Menteri turut menyelar perbuatan menyebarkan fitnah melalui internet dan SMS itu sebagai melanggar prinsip Rukunegara seperti Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
"Sekiranya ada unsur fitnah atau hasutan dalam mana-mana blog atau laman web, maka pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan dengan kadar segera," kata Ahirudin lagi.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment