Agendo | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan persetujuan hitam putih bertarikh 7 Julai kepada Agendadaily untuk hadir bagi berdebat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Surat berkenaan diserahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik oleh Anwar bagi pihaknya untuk menguruskan prosedur debat berkenaan di bangunan Parlimen jam 2.40 petang Selasa. Shabery pula telah memberi surat sahkan kehadirannya pada 26 Jun lalu. Debat tersebut akan berlangsung pada 15 Julai depan (Selasa) jam 9 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Debat itu akan disiarkan secara langsung dan pihak Agendadaily telah mendapat pengesahan stesen TV yang akan siarkan debat itu secara langsung... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment