KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 22, 2008

Polis tahan ahli PAS walaupun ada permit ceramah

harakah daily |

Suasana di Permatang Pauh semalam menjadi panas seketika apabila seorang ahli PAS, Asri Zakaria dari Kampung Tok Kando di tahan polis kerana membenarkan rumahnya diguna untuk ceramah kempen Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau ditahan polis berpakaian biasa pada pukul 4.00 petang lagi untuk menggerunkan keluarganya agar tidak memberi ruang dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada pilihanraya kecil.

Menurut Ketua Jentera Daerah Mengundi Permatang Tengah, Idris Husin, motif tangkapan belum pasti kerana beliau belum dibenarkan bertemu peguam, Lim Boo Chang sehingga tengah malam semalam.

Hari ini, Lim dijangka bertemu pegawai polis di Bandar Perda untuk berbincang perkara ini setelah sebahagian jentera Daerah Mengundi yang ditugaskan mengesan di mana beliau di tahan lokap dipermainkan oleh polis di Seberang Perai dan Butterworth.

"Kita dah dapat kesan di mana dia sekarang ini. Kita hairan kenapa dia di tahan kerana ceramah itu ada permit. " ujarnya kesal... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive