KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 22, 2008

Sah ...risalah kabinet memang kerja UMNO

Dah sampai 3 versi risalah kabinet di edarkan kepada penduduk Permatang pauh. Satu soalan cepumas ... kalau kawasan Perlimen pun dah beredar, maknanya memang orang yang biasa dengan soal Keselamatan di Parlimen. Kalau setakat pembangkang nak bawa risalah, korang ingat guard tak perasan ke?

Itu... sifir mudah selesai masalah risalah Kabinet.

Ini berita hari ini ......

Sekurang-kurangnya tiga versi senarai muncul di Permatang Pauh sejak kelmarin - hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Masing-masing parti utama yang bertanding menafikan bertanggungjawab menyebarkan risalah sedemikian.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini menafikan ia dilakukan oleh BN.

Ia didapati turut diedarkan kepada pekerja-pekerja pilihan raya BN di Seberang Jaya.

Anwar juga menimbulkan taktik tersebut pada sidang media di Permatang Pauh pagi semalam.

Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifuddin Nasution sambil menyifatkannya sebagai taktik politik kotor Umno dan BN berkata, terdapat beberapa versi senarai yang diedarkan sejak semalam.

"Terdapt versi khas untuk kawasan penduduk Cina, dan terdapat versi lain untuk penduduk kawasan Melayu," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Dalam versi bagi penduduk Melayu, Perdana Menterinya ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Anwar sebagai Menteri Mentor manakala versi bagi penduduk Cina menyebut Perdana Menteri diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Anwar kekal sebagai Menteri Mentor. - MStar

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive