bernama | ... "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.
Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.
Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur.
Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lepas.
Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.
"Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.
Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.... selanjutnya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
27 minutes ago
1 comments:
Kalu macam tu, ramai org lebih percayakan DSAI sbb tu mereka telah menarik keluar 25Billion dari pasaran modal di Malaysia. Kan Pak Lah dan DS Najib cakap tak pernah bohong malahan bersumpah dalam masjid pun pernah tapi napa yer orang masih tak percaya, orang lebih percaya kepada "PEMBOHONG"... kadang2 terfikir saperlah yang sebenarnya nerbohong kepada rakyat?????
Post a Comment