Siasah | Selepas tersalah tahan selama 217 hari oleh Penjara Malaysia, seorang bekas banduan, Amri bin Abdullah dibayar pampasan sebanyak RM900,000 baru-baru ini.
Namun, perkara yang mengejutkan adalah sebelum ini Jabatan Peguam Negara telah menawarkan secara bertulis kepada Amri pampasan sebanyak RM1.5 juta.
Ia dibuat melalui satu surat dari jabatan itu bertarikh 26hb September 2007 yang antara lain berbunyi: “Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami bersedia menawarkan pampasan kepada Plaintiff sebanyak RM1,500,000.00 (RM1.5 juta) termasuk faedah dan kos. Tawaran ini adalah muktamad.”
Sebelum ini, Siasah telah melapurkan, Amri menuntut RM347 juta akibat terlebih tahanan itu. Pengiraan dibuat berdasarkan pampasan yang diberikan terhadap kes-kes tersalah penjara sebelum ini.
Namun, selepas turun naik ke mahkamah dan menderita tanpa pekerjaan kerana status bekas banduan, Amri mendapat RM900,000 sahaja.... selanjutnya.
ELOK LA...
7 hours ago
1 comments:
bayar pampasan pun pakai duit rakyat juga. pandai betulla dia orang nie membazirkan duit dan harta rakyat....huh
Post a Comment