MStar | Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.
Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.
Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.
Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.
Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.
Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.
Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh SappP, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
ELOK LA...
6 hours ago
1 comments:
akhirnya...
semakin panas politik negara...
nampaknya aku jadi generasi ke2 lepas atuk ngan bapak aku masa zaman darurat 13 mei...
selamat datang darurat...
selamat datang General Abdullah Ahmad...
Terima kasih pada org umno...
ALLAHUAKHBAR!!!
Post a Comment