KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 17, 2008

Menteri Kewangan dan Pertahanan bertukar tangan

malaysiakini | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari melepaskan jawatan menteri kewangan menyerahkannya kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan, Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa Najib dilantik sebagai menteri kewangan berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau mungkin melepas jawatan lebih awal daripada 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

no2umno - KUrang kan risiko dan kacau bilau ? heheheh ....teka teki

1 comments:

Unknown said...

ini agakan aku saja lah. belum tentu aku ini mind reader.

mungkinkah, apabila pak lah amik alih jawatan menteri pertahanan, maka "ejen" singapura sekarang ada peluang untuk masuk dan mengawal boneka pertahanan negara kita? mungkin juga kan? tetapi itu daripada pandangan aku.

sudahlah ekonomi dalam keadaan makin teruk, sekarang kita nak gadaikan pula keselamatan negara pula? ini sudah lebih.

Posting terkini

Blog Archive