msomelayu | ....Alasan itu sungguh dangkal sekali. Setelah lebih tiga tahun kerajaan menjadikan pertanian sebagai perniagaan baru sekarang mereka nak pergi menimba ilmu untuk memajukan pertanian. Maknaya kerja mereka itu menanam dulu kemudian baru bubuh baja dan siram. Selepas pokok sudah layu baru nak rawat itu namanya kerja orang tidak sihat otak!
Sikap tidak berapa cerdik dan segar itu bukan saja terbatas kepada ahli Parlimen BN saja, tetapi ia turut berjangkit kepada ahli Parlimen pembangkang PKR bila mana lima orang daripada mereka turut sama terbang ke Taipei. Kononnya mereka pergi untuk mengejar ahli Parlimen BN yang dibawa lari itu.
Apakah perlunya melakukan kerja kejar mengejar itu? Kalaulah sungguh ada di kalangan 49 orang ahli Palimen BN itu yang ingin bersama Pakatan Rakyat tidak payah dikejar-kejar. Lagak ahli ahli Parlimen PKR itu tak ubah macam itik nila nak sanggama terpaksa kejar hingga terkoyak bulu baru dapat 'bergomol'.
Kalaulah demikian attitude ahli Parlimen kita macam manalah mereka boleh menyumbangkan pemikiran, akhlak dan budi pekerti baik kepada bangsa dan negara. Sepatutnya kejadian kebudak-budakan atau perangai itik nila itu tidak perlu berlaku. Dan kalau kedua pihak nak buat gimik dan reka cerita pun biarlah yang tersaul dek akal jangan sampai menyerlahkan kebodohan dan kepandiran kita.
Bagi Murai kesemua 49 ahli Parlimen BN dicampur lima orang ahli Parlimen PKR itu yang semuanya jadi 54 bolehlah dimasukkan ke dalam satu bakul. Mengenangkan mereka Murai teringat apakah mereka adalah spesies yang lahir daripada ahli mini Parlimen yang pernah dipimpin pelawak Jamal Kerdil lebih 15 tahun lalu.... selanjutnya.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
2 hours ago
3 comments:
Sejak dari awal pemergian mereka lagi saya sudah komen,.
Nak kejar mereka pasal apa,sebab mereka bukan pelarian/pendatang .
Maksudnya mereka akan balik ke Malaysia.
Disini bole berjumpa,tak perlu keluar belanja dan kalau mereka nak menyerati PR apa perlunya berjumpa hanya nyatakan pendirian,walaupun berada di dalam kereta.
Maka timbul lah syak, mereka (PR) juga hendak bermain sandiwara.
Dan kalau rakyat kutuk ,tanggong lah akibatnya.
apa salahnya pun kalau PKR kejar MP BN ke Taipei tu..mungkin kat sana lagi senang nak buat urusan/perbincangan kot....kat Taipei, takder polis yg boleh gi tangkap diorang sesuka hati and guna segala macam akta termasuk ISA untuk gagalkan perbincangan diorang...hehehehe...
ini smue x patut berlaku,hati pun rase x senang dengan kejadian ini,harap ia x berulang lagi
Post a Comment