MStar | ...Menurut Johari, surat berkenaan ada kena-mengena dengan kemungkinan penubuhan kerajaan baru oleh PR serta isu ketidakstabilan politik hari ini berikutan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Surat ini sangat penting kerana ia ada hubung kait dengan isu pentadbiran negara dan kestabilan rakyat, dan secara spesifik mengenai kerajaan baru pasca 16 September," katanya kepada pemberita di sini.
Hatta pula berkata, rakyat hari ini sangat teruja dengan kemungkinan perubahan kerajaan kerana marah dengan perkembangan terkini melibatkan penggunan ISA sewenang-sewenangnya oleh kerajaan.
"Dengan itu kita telah menyerahkan surat kepada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yaakob agar Perdana Menteri prihatin agar proses pertukaran kerajaan nanti akan berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, Loke pula berkata, surat berkenaan juga mendesak kerajaan membebaskan serta-merta dan tanpa syarakat dua lagi individu yang ditahan malam Jumaat lalu di bawah ISA.... selanjutnya.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment