Utusan | Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.
Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.
“Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.... selanjutnya.
Sep 15, 2008
TIndakan kerajaan tidak perlu persoal - Hamid
Labels: Abolish ISA, Belit Hamid Lebar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
krisis pemerintahan dah lama berlaku
"Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah"
aikk?? masa kat sidang media, dia kata dia tak kuarkan arahan...polis tahan 3 org under ISA tu atas keputusan polis sendiri...ni, dia kata dia yg luluskan pulak...apa punya pembohong la si botak nih..
Post a Comment