Pakatan Rakyat tangguh pelan 16 September, sambut Hari Malaysia esok
MStar | Pakatan Rakyat yang menyasarkan untuk membentuk kerajaan baru 16 September - Selasa ini - akan menyambut Hari Malaysia di Kelana Jaya, Selangor malam esok, dan pada masa yang sama menangguhkan hasrat 'berusia enam bulan' untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.
Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam blognya hari ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikatan pembangkang itu bersama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ Kelana Jaya malam esok.
Program bermula dengan Majlis Buka Puasa dan disusuli dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.
Program kemuncak ialah perutusan Anwar sempena Hari Malaysia 16 September.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Anwar itu juga menyebut polis Selangor telah meluluskan permit menganjurkan pertemuan tersebut.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 minutes ago
3 comments:
Penangguhan 16hb September ??????
Kena kuatkan hati,mata,dan minda kerana Pada hari itu,seluruh media masa akan mengeluarkan kutukan dgn berbagai bagai bahasa,.
Dan akan keluarlah andaian andaian dari tokoh tokoh dan Prof. kangkong yang nak mencari nama.
Kita lawan tetap lawan dan tabah,bersabar lah buat sementara.
16th September or some other date does not matter. We have all made plans before, within a specific time frame. Only by the Will of the Almighty shall the objective be realized.
Yes, I fully agree with the above comment. Stand fast and do not lose sight of our intentions. As long as the intention is good no power in the world can stop it from happening save the Will of the Almighty.
Do not be disheartened, patience reaps its own rewards. We have waited for decades, a few moments more is negligible. GO PR!!!
salam bro..
sekadar untuk pembetulan..DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat..bukan Pakatan Rakyat broo..saja nak betulkan..Pakatan Rakyat dia sebagai Pengerusi kalau tak silap wa...
Post a Comment