malaysiakini | ...Mereka cuba berkumpul dekat Masjid Jamek berhampiran Dataran Merdeka untuk mengedar risalah tersebut tengahari tadi.
Bagaimanapun, belum sempat mereka berkumpul, sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Sydney Clyde Jeremiah memberi amaran kepada penyelaras GMI, E Nalini supaya jangan menggunakan pembesar suara dan membawa sepanduk.
Mereka bagaimanapun cuba memasang kain rentang dan sepanduk di kawasan berdepan dengan masjid, tetapi anggota polis bertindak membuangnya.
"Kita tidak mencapai matlamat kita untuk mengedarkan risalah kerana anggota polis berada di mana-mana dan mereka mungkin akan turut merampas bahan-bahan tersebut," kata Nalini kepada Malaysiakini.
Selepas kain rentang dan sepanduk tersebut dirampas, Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh membaca kenyataan yang mengecam tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu-individu tanpa bicara.... selanjutnya.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
16 minutes ago
1 comments:
Ramai polis berpaku datang.
Macam hidung di cucuk.
Kalau UMNO buat tunjuk perasaan,batang idung pun tak nampak.
Benci betul aku dengan sikap berpihak pihak cam ni.
Elok ISA kan polis polis tu.
Post a Comment