malaysiakini | Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) mencabar menteri dalam negeri dan TV3 menyiarkan rakaman lengkap rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri yang menunjukkan penyokong mereka biadap.
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy juga mengecam Datuk Seri Syed Hamid Albar, stesen televisyen itu dan Utusan Malaysia berhubung laporan mereka yang mendakwa sedemikian.
Beliau, yang juga adik seorang lagi tokoh gerakan tersebut P Uthayakumar yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendakwa dua media itu "sengaja mengapi-apikan semangat perkauman" terhadap Hindraf.
"Sekiranya benar tohmahan-tohmahan mereka, mengapa mereka tidak berani menayangkan gambar dan klip yang kononnya penyokong Hindraf bersikap biadap dan kurang ajar," katanya.
"Sebaliknya kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan yang perdana menteri, timbalan beliau dan ramai lagi menteri-menteri kabinet yang senyum panjang dan menerima salamam penyokong Hindraf dengan hati terbuka dengan semangat maaf zahir dan batin."... selanjutnya.
no2umno - kalau hindraf tak biadap ... siapa yang menghasut?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment