detikdaily | PAS mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan tuduhan beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin SeriRosmah Mansor.
Wang itu dikatakan sebahagian komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta seperti didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda. Tuduhan dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Aziz melalui blognya, kickdefella.wordpress.com.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallahuddin Ayub turut meminta Rosmah menafikan tuduhan tersebut yang membabitkan dirinya seperti yang didakwa.
Jika dakwaan itu benar-benar berlaku, PAS cukup kesal kerana penderitaan akibat kenaikan harga barang dan inflasi tidak pernah terbela, tetapi pada masa yang sama, para pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat "merompak wang negara" untuk kepentingan diri.
PAS, ujarnya, memandang serius tuduhan tersebut kerana ia melibatkan wang negara yang besar, dan menjadikan urusniaga kerajaan sebagai kesempatan untuk para pemimpin negara mengaut keuntungan lumayan tanpa mengira soal integriti dan halal-haramnya.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment