Tindakan tergesa gesa MB Selangor melantik Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS telah mengundang rasa tidak puas sebilangan pihak. Ini berikutan prestasi yang buruk ketika beliau dan Bekas Pengurus Besar PKNS menerajui PKNS untuk tempoh yang panjang.
Tarikh luput mereka sudah sampai tapi mahu di 'recycle'? wakakakakak ....
Pada 25hb October, satu memo telah di hantar kepada MB Besar oleh persatuan persatuan kakitangan PKNS untuk menolak perlantikan tersebut. Tapi MB teruskan jua hasratnya.
Dan kini, Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan.
Beritanya di SINI
The appointment of Low Siew Moi as Selangor State Development Corporation (PKNS) acting general manager (GM) for one year starting Nov 1, may well be reduced to a few days or weeks, depending on PAS's ability to come up with a better and more suitable candidate, said Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hassan Ali.Kenapa bersungguh sungguh benar MB mahu melantik seorang MADAM yang mempunyai rekod buruk di dalam PKNS tanpa rujukan di buat? Ada akai ka?
Hassan, who is also executive councilor for Islamic and Malay Affairs and Infrastructure and Public Amenities, said this after a brief meeting with Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who had on Monday announced Low's appointment, although she was due for retirement end of this month together with present GM Datuk Harun Salim.
Dan menjadi tugas Dato' Hassan Ali pula terpaksa tutup aib MB Selangor. Macam ni la ... no2umno sarankan, MB Selangor duduk diam diam kat opis untuk sign cheque je. Selain dari itu tolong jangan campur. Asyik asyik kontroversi je.
11 comments:
Kita pon kadang kadang binggong dgn telatah MB ni.....
Kita lihat semasa PRK Ijok,die tersasul meminta pengundi memilih BN,walhal die berpeloh peloh bercakap atas pentas PKR.
Kita terima itu kesilapan manusia,w/pon kesanya amat mendalam(PKR Tewas dlm PRK itu).
Isu Babi,Isu Kouta,isu Duit sumbangan.....kita masih bole accept.juga w/pon puas kita menepisnya.
Tapi klu selalu sangat tersasul....
tentu lah jadi tanda tanya...
Bole buat keje atau tidak??
Jangan buat malu co.,
Esok dlm PRU13 apa kita nak kata....
Tak kan nak satu term ni aje memerintah Selangor ni ha!!!!
Adddduuuuhhhhh!!!!!!
Poneng kepala.
Sekarang ni pun aku tak sanggup menjawab soalah rakyat. Bila tanya pada bantuan, apa perubahan, mana janji, bila nak bantu, minta bantuan.
Jatuh lidah nak jawab.
Kalau Khalid ni EXCO aku tak heran, tapi bila jadi MB, mata semua memerhati. Silap sikit orang tanya. Silap selalu ... aduiii pening nak jawab.
UMNO tunggu silap. Kalau selalu silap ... mampus la kitorang nak jawab.
aduhhhh ... letih la khalid
MB telah memilih calon yang terbaik. Ini telah diakui sendiri oleh staff PKNS dalam memo bantahan kepada MB.
Yang jadi isu..Madam tu orang chinese. sampai bila kita nak memilih ketua sesuatu organisasi berdasarkan kulit dan bukannya credibiliti? Lets look forward. Kalau Madam pilihan yg terbaik, bagi dia peluang...mana tahu PKNS dapat diurus dengan cara lebih professional.
Ala.... kamurang ni asyik melayu melayu melayu sampai bila baru satu malaysia untuk malaysian? Bukankah ini semangat Pakatan??? Yang asyyik melayu melayu tu UMNO ! Apasai nak tengok kulit?? Sape credibiliti dia lah yg sesuai ! Ya memang dlm sejarah tak pernah begitu TAPI itu sejarah UMNO ! Jangan lupa Selangor majoriti rakyat non-bumi ! Kamurang ni takut UMNO ke??? Segala bentuk pakatan buat asyik kecoh !!! Perak majoriti menang adalah cina nape PAS jadi MB kamurang tak kecoh? Sebab korang MELAYU! saya tak tau korang ni melayu ke melayu UMNO! tak pikir?????? !!! Bilang support Pakatan tapi apabila satu kaum cina jadi ketua korang kecoh macam butul UMNO !~!Adakah satu org cina jadi ketua hak melayu akan tergadai???????? tepuk dada tanya selera ! UMNO YG GADAI HAK MELAYU !!! Kamurang niii aduiiii .....
Pengalaman aku,Cina memang sentiasa kedepan dalam menjalankan kerja sama ada di peringkat bawahan mahu pun pengurusan.Melayu ni membebel aje yg boleh, dah berpuluh tahun Melayu tipu Melayu dan dah berpuluh bilion yg lesap,nak letak Melayu lagi.Sebenarnya Melayu ni memang takut kerja bawah arahan Cina,tambahan pula dalm agensi kerajaan,kerana mejoriti mereka tu kaki releks.
"Sebenarnya Melayu ni memang takut kerja bawah arahan Cina,tambahan pula dalm agensi kerajaan,kerana mejoriti mereka tu kaki releks".
Gua sokong pandangan saudara,.
Kalau Boss cina,tak ramai yg.dapat ponting pegi kantin pukul 10 dan pukul 3.
Habis nak cakap pasal aweks, pasal, business kain ,kuih,ubat kuat....
tak de le masa.
Namun demikian ,gua juga teringat pepatah kata.
Pepat di luar rencong di dalam.
Itu yg.orang selalu kata kalu Boss.......
Betul ke???
Jangan jadi bodohlah Khalid. Gunalah akal bila nak buat sesuatu keputusan. Ini tidak, main senang je... Suruh nenek tu dok rumah jaga cucu lagi baik.... Khalid, jangan bagi kesempatan kepada musuh PR untuk jadikan isu. Selalu kamu dijadikan ajen bahan hantaman musuh-musuh PR. Hati-hati ya Khalid!
Aku tengok di sini bukan isu bangsa. Tapi kerana Madam Low ni memang di pilih naik pangkat besar masa zaman Datuk Harun Salim.
Madam ni adalah juga barua UMNO ketika Khair Toyo memerintah. Dia turut di berikan habuan untuk setuju semua kes.
Menurut cerita orang dalam PKNS, dia pecah cerita rahsia kepada Kerajaan baru PR. TU sbb ada EXCO yang mahu dia kekal. Mdm Low ni adalah talam dua muka, untuk selamatkan dirinya.
Kena kenang dosa dia ketika dalam PKNS dulu.
Sekali lagi. bukan soal bangsa atau kaum. Kalau ini lah tajuk perbincangan hari ini, maka korang telah di permainkan oleh media untuk kucar kacirkan antara kaum. Jangan terperangkap.
Aku tengok masalah MB selangor ni. Kenapa baru ni baru kecoh nak cari ganti? Kenapa tak 4 bulan lepas?
Aku mencelah,
Itu sebablah pegawai kanannya pernah berkata "Dia hilang kepercayaan pada MB" lalu berani meletak jawatan, anda nampak?
Kerana beliaulah yang tahu cara MB berkerja, dan ini tidak boleh bertahan lambat laut rakyat akan nampak...jadi siapa yang susah sekarang..
MB kena faham politik lebih mendalam sebelum jadi MB, negeri bukan syarikat.
korang ckp ckp bagus terus saje ckp sirat hati korang MB selangor juga dua muka !
Saya kurang setuju dengan komen2 yang memburukkan MB dalam hal lantikan GM ini.
Tan Sri MB telah berkata bahawa adalah lebih baik jika seorang bukan melayu itu dapat menguntungkan PKNS supaya orang Melayu lain boleh menikmati hasil keupayaan bukan Melayu itu.
Tetapi, oleh kerana orang Melayu disini sungguh racist, saya rasa adalah patut untuk Tan Sri MB memilih seorang Melayu yang bukan saja handal tetapi ikhlas.
Melayu2 saperti ini sukar didapati dari golongan umno atau bekas umno (ahli PKR pun ramai bekas umno)atau bekas pegawai kerajaan.
Tan Sri MB dalam dilemma sekarang, bubuh cina pun tak tentu keikhlasan nya dalam menunaikan tanggungjawab.
Tapi kalau Tan Sri MB hendak seorang Melayu yang handal dan ikhlas, kena curi CEO BSN sekarang, ia itu En Adinan Maning, an ICMA holder, banker, turnaround manager and trustworthy character you can hardly find among Malays.
Apa pasal pulak saya dok kempen orang ini? Saya pernah kenal kewibawaan beliau satu masa dahulu, dan saya rasa beliau masih clean lagi.
So, Tan Sri MB, you got one professional Malay here who will not even succumb to the MB himself, if the MB is takbetul.
Post a Comment