KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 28, 2008

UMNO tak perlu debat - Radenjowo

Sejak dua menjak ni UMNO sibuk nak berdebat. Shabery Cheek kata dia setuju tapi Mukhriz pula macam tak gemar. Khairy kata di berani dan Agendadaily yang dilantik sebagai orang tengah, macam berat sebelah.

Di dalam UMNO isu berat sebelah ni dah biasa. Kalau dalam pilihanraya umum, UMNO memang bertindak berat sebelah. TV, akbar dan semua bentuk media .. dia yang punyai. Tapi perlawanan di dalam UMNO, tau pulak diorang benda ni tak baik. Sama la juga dengan politik wang. Istilah ini cuma ada pada pemilihan UMNO, kalau PRU ... politik wang tak ujud. Semuanya ok dan ditanggung halal.

Apa yang UMNO takut berlaku di dalam debat adalah sekiranya tercetus acara kerusi terbang dan tarik rambut. Bukan pendebat tapi penyokong. Sedang kita tengok acara debat secara LIVE ... tiba tiba kerusi naik atas pentas atau botol kepada kepala pendebat. Tak ke haru tu?

Korang tengok apa yang berlaku di Kelantan, Kuala Selangor dan Kota Tinggi. Malu di buatnya. Akibatnya langkah yang perlu di buat oleh dewan dewan sebelum pengundian di lakukan, semua kerusi akan di lekatkan di lantai agar perwakilan tak boleh baling kerusi. Di pintu masuk pula di letakkan pengawal keselamatan untuk ikat tangan mereka ke belakang untuk elak ketuk dahi.

Sekarang aku nak bagi pandangan ....

DEBAT SESUNGGUHNYA TIDAK PERLU. Kerana debat ini akan merosakkan nama UMNO sendiri. Aib masing masing akan di bongkar sesama sendiri. Di dalam UMNO, nko kenal aku, dan aku kenal engkau. Maka silap sikit ... habis cerita bawah kain akan terbongkar.

http://www.ifsbank.com/images/Statement.jpgKalau korang tanya apakah cara yang paling baik untuk lihat betapa berkredebilitinya seorang pemimpin UMNO itu adalah melalui pembentangan rekod kewangan masing masing. Serahkan transaksi kewangan akaun setiap calon untuk di lihat oleh ahli ahli UMNO.

Kalau ada simpanan di dalam 10 bank, maka mereka perlu menyerahkan kesemuanya. Tak kira bank tempatan atau luar negeri. Sapa memiliki wang yang banyak dia akan di istiharkan pemenang. Jumlah paling banyak adalah untuk jawatan paling tinggi.

Gerenti tak gaduh, mudah dan berkesan.

5 comments:

Anonymous said...

Aku setuju wak !!! kekekek
Najib dan Khairy tentu ambil wak jadi penasihat.

Anonymous said...

mana wak dapat idea ni. Mesti Najib yang suruh usul. Ada apa apa ke wak?

20 percent

Anonymous said...

kah..kah..kah.. memang lawak dan boleh pakai idea nie..cantikkkk...
hang mau hantaq idea nie kat depa-depa yang dok kalut nak berdebat..
sempoi lah hang...

Anonymous said...

Aku harap Mukriz tidak termasuk ke dalam perangkap KJ.

Anonymous said...

Dalam akaun aku ada RM100 billion. Boleh masuk tanding tak?

Posting terkini

Blog Archive