anwaribrahimblog | Maaf kepada rakan-rakan di Kelantan kerana saya terpaksa menangguhkan ketibaan di Kota Bharu. Jadual sambutan Eid ul Fitri Keadilan Kelantan di Tanah Merah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili Naib Presiden saudara Azmin Ali.
Di mahkamah pada sebelah pagi, peguam saya Haji Sulaiman meneruskan hujah. Terasa mual dan jemu dengan sikap pendakwa, yang bertindak sebagai perkakas politik penguasa, menggadai hukum dan maruah sekian lama! Yang agak melegakan ialah kerana kesediaan hakim Komathy mendengar hujah dengan sabar dan memutuskan berdasarkan fakta dan hukum. Mahkamah ditangguh sehingga 30 Oktober nanti inshaallah.
Pada sebelah petangnya saya menaiki pesawat jam 7 petang untuk bersama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam majlis ceramah umum di Kota Bharu. Kehadiran mencecah 60 ribu orang!
ANWAR IBRAHIM
0 comments:
Post a Comment