harakah | Cadangan untuk membentuk sebuah parti induk bersifat multiracial (berbilang bangsa) yang diusulkan kepada BN bagi memulihkan kembali prestasi parti tersebut dilihat tidak akan mendatangkan hasil.
Seorang pensyarah Sains Politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata demikian ketika dihubungi Harakah.
Tegasnya, rakyat kini berada dalam mood ingin menukar kerajaan dan pucuk kepimpinan negara bagi mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi semasa.
"Negara memerlukan jurulatih dan pemain baru, tidak guna kita menukar jurulatih baru tetapi pemainnya tetap sama kerana rakyat sudah jelak dengan corak permainan yang kotor dan padang yang tidak sama rata," ujarnya yang merujuk kepada pelan peralihan kuasa yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai perkembangan ekonomi semasa yang memerlukan suntikan kewangan daripada luar.
"Negara kini memerlukan orang luar untuk masuk untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin kronik dan parah.
"Kita sudah tidak mampu untuk survive dengan kaedah dan dana yang dimiliki apatah lagi diuruskan oleh mereka yang tiada keupayaan memulihkan keadaan ini," tegasnya.
Oct 11, 2008
"Tak guna tukar jurulatih,jika pemain masih sama"
Labels: pemilihan UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment