msomelayu | ....Kawan ini juga baik dengan penulis dan sasterawan negara. Pernah berkhidmat dengan akhbar di Indonesia dengan menjadi wakil akhbar itu untuk negara ini tahuan 60-an. Pernah dibayar sebanyak USD1,000 oleh akhbar berkenaan, satu bayaran lumayan! Begitulah ceritanya.
Gaya hidup kawan ini bertaraf tinggi, ada kelas dan standard. Berpakaian kemas, bertali leher senantiasa dan terpangaruh dengan disiplin Barat. Akhir-akhir ini banyak menulis mengenai biografi tokoh-tokoh politik, diplomatik dan korporat. Mengaku tidak pernah menjadi ahli parti mana-mana pertubuhan siasah negara ini. Pernah menjawab jawatan pegawai agama di sebuah negeri selama sehari.
Saya ingat beliau memanggil saya untuk berjumpa dan minum kerana ingin mengulas mengenai pengunduran secara terpaksa Abdullah Ahmad Badawi. Biasanya beliau yang mengakui mengetahui cerita dalaman akan tahu sebab musabab sebenarnya atau yang berlaku antara Abdullah dengan Mohd Najib Razak.
Nampaknya bukan itu beliau nak ceritakan, cuma menyebut apa yang Abdullah lakukan itu bukan atas keikhlasannya tetapi kerana begitu takut kepada Abdullah. "Pak Lah takut kepada tekanan Najib, jadi apa boleh buat lagi, berundurlah..." katanya.
Dalam tak nak cerita beliau tercerita juga, katanya Najib main kasar dengan Abdullah. Ada unsur ugutan terhadap Abdullah digunakan Najib. Katanya Najib menggunakan tentera untuk mengugut Abdullah sehingga berhenti. "Apa dia... bentuk ugutan itu," saya ingin tahu lebih lanjut... namun tidak mahu disebut. Bahaya, katanya dan menambah sebab itulah Abdullah ambil semula tentera, Kementerian Pertahanan.... selanjutnya.
ISU PMX KONONNYA SOKONG ISRAEL.
3 hours ago
1 comments:
Sebelum waktu Magrib tadi,aku membelek belek blog.ni No2umno....
Tiba tiba Ayah ku menjengah dari belakang.......
Hai...Ayah tak pernah ambil tahu tentang kerja ku....
Kenapa Ayah...?,aku bertanya dgn agak sedikit kehairanan.
Die merenong wajah perempuan dalam artikel ini.....
Tanpa di minta, die bercerita...
Dulu semasa Ayah di First Collage..(UM) die ni (sambil menunjukan gambar),selalu mundar mandir dekat Rugger Field .,mereka selalu bertiga sahaja,.ia itu Madeha dan salah saorang ayah lupa namanya gadis dari Kelantan.
Die ni hebat....,kata Ayah....
Belum sempat aku bertanya apa kehebatanya...,ayah berlalu sambil mengeleng kepala.
Aku tertanya tanya....dan.. aku dapat satu kepastian,Memang die Hebat.....
Kerana Ayahku sekarang hanya tahu ke Masjid..tak bekerja ,makan duit pencen ,itu pon dah lebe dari cukup katanya.... ,
Kenapa Ayah tak mau kah kaya ,bole shopping macam die...?
Sekadar luahan rasa,Bro'Hishamudin Rais tentu kenal Ayah saya.
Jgn Maree!!!
Salam utk Wak juga.
Post a Comment