Bila kita di timpa masalah, kita akan bayang kan benda yang indah indah. Kalau susah nak cari duit ... kita akan kata ... "Alangkah baiknya kalau aku jadi Menteri Pertahanan."
Buka tender supply kapal selam, helikopter ... sendiri balun tender. Untung beratus juta. Tapi kata orang tua tau ... ,manusia tamak, tak kenal di untung. Mula mula nak RM0.10 sen. Pastu nak RM1.00, kemudian nak RM1,000 akhirnya beratus juta dan berbillion billion pun masih tak cukup. Mau tidak .. kalau gi shopping, macam dunia ni aku yang punya.
Itu kalau jadi Menteri. Tapi kalau setakat pencuci pinggan mangkuk macam aku ni .. cukup sekadar jadi mesin ATM. Orang simpan banyak duit. Tapi dah beberapa hari ni asyik kena bom pulak. Baik jadi pencuci pinggan je.
Aku teringat cerita Mat Saman Kati di dalam Perak Express tentang HIDUP SUSAH, MATI PUN SUSAH. Begitu lah juga nasib mesin ATM. Dia ingat dia senang ... duduk dalam bilik aircond, dalam perut ada duit. Tiba tiba ada mamat pshyco masuk kan mercun dalam perut ... bertabur duit keluar.
Letup dan bank hilang RM30,600. Cerita nya DISINI. OK gak ... raya sakan la mamat tu.
Tapi ada orang letup awek sebab nak jimat RM500 juta. Haaa...itu korang tau siapa.
Bila muka tak lawa .. nak jadi yang cun. Kita tak pernah bersyukur dan akhirnya awek cun pun kena bom.
Jadi lebih baik jadi orang biasa .. tak payah ada duit banyak, tapi jangan la tekan kuat kuat. Tambah tambah lagi ... masa minyak, beras, tepung dan barang dapur naik ni. Pening kepala di buatnya.
Ada orang pening, pergi buat kerja lebih, ada yang buat kerja part time. Tapi ada orang yang pening, dia gi bom mesin ATM dan rompak orang lain. Korang baca cerita berikut ... kerana RM5, leher nyaris di kelar.For RM5, a man almost lost his life when his throat was slashed with a dagger by a teenager, last night.
Kalau jadi mesin tak selamat, awek'cun' pun tak selamat ....... aku nak jadi apa?
Oct 25, 2008
Jadi mesin pun susah
Labels: Rompakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Jadi batu belah,batu bertangkup.Telan semua orang yang rasuah.
Post a Comment