KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 25, 2008

MB serah BPR siasat bekas Timbalan Naib Canselor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

"Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. ... selanjutnya.
Bodoh aku tak der la sampai ke tua, macam Timbalan naib Canselor ni.

Masa sekolah sekolah dulu, rajin gak aku tiru tanda tangan bapak. Kalau laporan periksa [report card] ada dakwat merah, tak kan berani aku nak serahkan report card pada bapak. Orang tua tu tak der la pelepah bontot, sepak terajang, tapi tengok muka dia, seriau sampai tulang. Kalau lah orang tua tu libas muka aku ... zaman kegemilangan hensem aku mungkin akan berakhir... jadi aku ada cukup alasan untuk sign sendiri report card kerana mahu terus hensem ..... cewahhhh ..

ANtara bapak bapak pelajar kelas. Tandatangan bapak aku tu, antara yang paling hebat. Berbelit belit dan macam macam tektik lagi. Itu masalah besar yang aku hadapi setiap 3 kali setahun. Ujian awal, pertengahan dan peperiksaan akhir tahun.

Bila buat sekali tak jadi, buat dua kali tak jadi ... report card dah macam kertas tandas.

Dulu tak der cecair pemadam pen seperti yang korang ada sekarang, kitorang padam guna pemadam pen zaman dulu. Sama seperti pemadam pensil biasa, tapi dia seperti berpasir. Kalau tak der pemadam pen, kitorang guna pemadam biasa, tapi letak air liur sikit.

Kalau orang lama tentu tau. Oleh kerana salah, padam, salah, padam. tempat 'sign' dah koyak. Tempat koyak tu siap di tampal dengan kertas lain dan kemudian tiru 'sign' lagi.

Bila dah sekali menipu, tak kan berani nak bagi report card ka bapak lagi. Dia tengok pun boleh tau punya. Bila kita bagi report card pada cikgu, diorang jeling jeling kita. Cikgu pun dah boleh agak.

Tapi sejak dah besar ni aku tak buat lagi... Kita dah ada tahu pasal undang undang dan kalau ciplak tandatangan ... dah kira salah besar tu.

Tapi Timbalan Naik Canselor berita di atas adalah antara ORANG TUA YANG TAK PANDAI PANDAI. Dah berumur tapi perangai macam zaman aku sekolah dulu. Nama universiti, tidak di sebut, tapi kalau melibatkan MB Selangor ... kita dah boleh agak IPTA yang mana satu.

3 comments:

Unknown said...

Malaysia oh negaraku. Manusia bangang macam ni pun boleh jadi TNC.

Dasar penipu.. langsung tidak malu dengan budak sekolah rendah. Rela jadikan diri idola penipu bagi pelajarnya. Kenapa tidak mampus dari kecik? taklah memalukan IPT negara.

Unknown said...

Lawak betoi TNC2 sekarang ni kan...
Carila yg betoi2 layak... kesian kaqy budak2 sekarang...

Putra IJ80 said...

ciplak tandatangan mengingatkan saya satu kes,di mana staff perempuan yg.sarat mengandong bekerja sebagai executive..... selama 9 tahun.

Satu ketika die sakit.. tak berdaya nak ke Pejabat dan kelinik,.

Die gunakan Medical Cert.lama dan ubah tarikh nya.,untuk cover cuti itu.

Pendekan crte ,die di buang kerje tanpa mendapat sebarang faedah.

Bayangkan Beb ketika nak nyatakan keputusan BUANG....pada die...

Tapi Undang Undang dan peraturan menetapkan begitu.(penal Code)

Tak tau le..kalau BPR ada peraturan dan Undang Undang baru.

Posting terkini

Blog Archive