harakah | ....Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah disebut kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu pertemuan selepas pilihan raya umum lalu.
"Namun Perdana Menteri buat tidak endah. Kami tidak rela kem tahanan itu terus dibiarkan berada Perak kerana setiap tahun isteri tahanan menangis ketika datang menziarahi suami di kem tersebut.
"Saya tidak sampai hati melihat kesedihan keluarga tahanan ISA dan lebih baik kem itu dipindahkan ke negeri lain termasuk Johor yang menjadi darul Umno. Johor sesuai menjadi muzium bagi ISA," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Ketereh di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.
Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang pertama kali dapat melihat dari dekat wajah Menteri Besar Perak.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment