msomelayu | ...Bukan main lagi kedua mereka membelasah, menyindir dan memperlekehkan Anwar. Kononnya Anwar lebih banyak bercakap soal isu lapok dan mengulangi perkara yang sudah pun dibangkitkan. Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri sudah membangkitkan apa yang disebut oleh Anwar.
Kata ahli Parlimen itu Anwar juga tidak mempunyai outoriti cukup untuk bercakap fasal ekonomi kerana Anwar tidak berkelulusan dalam bidang ekonomi. Kata ahli Parlimen itu lagi Anwar hanya lulus pengajian Melayu di Universiti Malaya tidak seperti Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Tun Daim Zanuddin.
Murai tersenyum macam kambing jamnapari sakit...mengapa pula tidak pertikaikan mengenai Abdullah Badawi dan Mohd Najib yang jadi Menteri Kewangan tetapi tidak ada track record dalam perniagaan dan berkelulusan ekonomi? Faham-fahamalah... mungkin ahli Parlimen itu terlupa agaknya mengenai diri kedua orang itu.
Ahli Parlimen itu juga mempersendakan Anwar katanya apa yang Anwar pernah buat ialah kolej swasta Yayasan Anda. Itupun dah tak ada lagi. Sudah lingkup.
Lalau ahli Parlimen itu menyarankan supaya Anwar jujur dan ikhals sepertinya. Murai rasa nak terberak dan terus jadi loya macam betina bunting anak haram mendengar kata-kata ahli Parlimen berkenaan. Pandai mengajar orang tetapi lupa melihat kepada diri sendiri.
Mungkin ahli Parlimen itu lupa apa yang berlaku di sekitar dirinya. Berbolot dengan segala macam najis, Mukalazzah, Mutawasitah dan Mukhafafah. Murai harap ahli Parlimen itu pergi kedai cermin dan tilik muka dan seluruh dirinya baik-baik. Kalau boleh beli cermin yang banyak dimensi agar boleh tengok dari semua sudut dari muka hingga ke pantak tahi.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment