[...] Menurut ibu tersebut kononnya tayangan itu menganggu emosi anak di bawah usia 18 tahun,. Ia seorang yang berstatus Dr. saya tak pasti doktor falsafah atau doktor perubatan. Ia ditemani oleh suaminya seorang lelaki inggeris muallaf barangkali. Melihat kepada cara bertudung si ibu pastinya ia bukan seorang yang baik amalan Islamnya.Cuba korang KLIK dan KLIK ni ... SAH imej yang menyeramkan.
Berita hari ini pula menyiarkan bantahan sebahagian ibu bapa dan juga guru terhadap pandangan ibu tersebut. Masing masing mempinyai hujah dan alasan tersendiri. Bagi saya alasan dan hujjah masing masing sememangnya dipengaruhi latar belakang khususnya amalan dan pegangan agama... selanjutnya.
Wajah tersebut punca aku sekeluarga tak lena tidur. Nak gi tandas pun suspen.
Tapi takkan la aku nak BAN imej tu.
Nak salahkan sapa?
3 comments:
Dulu ceramah ugama disampaikan dalam bentuk audio sahaja. Oleh kerana teknologi berubah maka penyampaian ceramah ditambah dengan visual menjadi audio- visual. Adakah doktor ini ketinggalan... atau anaknya dah mula mengamal ajaran Islam sebenar.
Taklah seram sangat kalau dibandingkan dengan cerita seram kat tv3 kekasihkuseru.Anak saya yg berumur 7,9 dan 11 semuanya saya bagi tonton.Budak-budak ni kalau kita cerita siksa kubur tu bagaimana kurang efektif sangat tetapi lepas tengok visual semuanya berjanji utk berubah jadi baik.Saya sarankan bacalah buku bangkit semula sesudah mati-penerbitan hidayah.Dah 2x kali khatam,saya bacakan juga kpd anak-anak saya.Buku ni lagi seram drp sajak kematian.Nak lentur buluh biar daripada rebungnya.Kalau kita ingatkan mati,taklah kita terkejar-kejar sangat harta dunia ni.Lebih baiklah anak kita dekat dengan agama.TV sekarang melebih-lebihkan sangat hiburan,sampaikan ada program realiti utk anak-anak menyanyi.Tak taulah macamana pemikiran mak-ayah mereka,melalaikan anak-anak dgn perkara yg menuju kemaksiatan.
masalah dengan budak sorang tu, dia biasa tangok blue kat umah. bIla tengok cerita pasal orang mati, dia ketakutan.
heheheh. Liberal la katakan
Post a Comment