Sebenarnya kalau Harga Petrol murah, kita tak berebut pun untuk pasang NGV. Sekarang kena ingat. Bila minyak turun pada paras yang SEPATUTnya, maka wang lebihan di simpan untuk pasang sistem NGV kerana minyak akan berkurangan sementara GAS masih berlambak.
Menurut penguasa TONG NGV yang di gunakan sekarang mempunyai kapasiti tekanan 200 - 300 BAR sementara tong gas memasak cuma 100 bar. Sebab tu la tong NGV buatan sendiri telah meletup tempoh hari.
Selain dari itu, jangkahayatnya adalah 10 ke 20 tahun.
baca berita selanjutnya di SINI.
untuk tahu tentang NGV klik SINI
Kekadang aku pikir kerana minyak dunia naik ... orang ambil kesempatan. Kalau nak check betul betul, sapa sebenarnya yang untung hasil ubah suai dari PETROL ke NGV? Silap silap ... ada udang di sebalik batu. Sedangkan stesyen minyak yang jual gas, masih terhad.
Dulu ada kecoh jap pasal sistem enjin minyak campur air ... alaaaaa yang Pak Lah rasmikan dulu. Tapi sekarang senyap. Sedangkan harga nya jauh lebih murah. Tapi benda tu tak tau lagi hasilnya. Jimat memang jimat, tapi ada member bagi tau .... plug kena tukar selalu sebab karat. Betul ke?
So moral of the story .... ambil kesempatan dari apa yang berlaku.
Lain kali kalau minyak naik harga gila gila ... kita guna sampan.
Orang lain yang untung, kita pulak yang rentong.
0 comments:
Post a Comment