buletinonline | Musim Monsoon Cup tahun lalu (2007) menyaksikan kehadiran ‘teksi asing’ di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah menyekat rezeki teksi tempatan.Tukar guna NGV la ..... wakakakakaka
Kehadiran secara tiba-tiba Teksi ‘Limusin’ warna biru berjenama Hyundai dilabel sebagai ‘Teksi Eksekutif’ yang bertulis ‘Official Car – World Richest Sailing Event’ telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha teksi lapangan terbang Sultan Mahmud.(Gambar atas - deretan teksi Pampena diletakkan dalam kawasan Kelab Teluk Warisan, musim Monsoon Cup 2007)
Teksi tersebut adalah dimiliki oleh Syarikat Pempena Executive Taxi Sdn Bhd atau dikenali sebagai PETS adalah anak syarikat Pempena Sdn Bhd (Pampena) subsidiari kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.
Pempena Syarikat ‘kroni’ yang dipercayai ada kaitan dengan Bekas Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengalami kerugian teruk.
Hanya dua atau tiga syarikat sahaja daripada keseluruhan 24 syarikat dibawah Pampena yang untung sejak ia beroperasi tiga tahun lalu.
Menteri Pelancongan Dato’ Seri Azalina Othman Said berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd (PwC Capital), firma yang mengaudit Pampena.... selanjutnya.
BETUL LA TU.
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment