malaysiakini | ..... Pengerusi JKKK Kampung Nakhoda, Zakaria Mamat pula berkata, atas dasar kewajipan sosial, MPS tidak wajar meneruskan hasrat mengambil alih gerai-gerai PLB dari tangan JKKK.
Beliau mendakwa, peruntukan melalui wakil rakyat "bukan senang" dan "terhad".
"Peruntukan lama sudah dihabiskan kerajaan dulu. Kena tunggu tahun depanlah," katanya.
Jika pengambilalihan itu berlaku, katanya, mereka tiada pilihan lain selain membuat kutipan daripada penduduk untuk menjalankan aktiviti.
‘Kena kutip derma'
"Tetapi takkan setiap hari nak kena kutip derma," tambah beliau.
Pengerusi JKKK Kampung Baru Batu Caves, Adnan Mohd Yatim; Pengerusi JKKK Sungai Tua Baru, Ramli Jamaluddin; dan pengerusi JKKK Sungai Kertas, Osman Omar pula mendakwa tidak mendapat sebarang manfaat daripada projek itu.
Kata mereka, bukan semua JKKK yang mendapat peruntukan itu.
Bagaimanapun, mereka turut menentang cadangan pengambilalihan itu dan meminta pihak MPS menimbangkan memberikan peruntukan gerai PLB kepada JKKK yang belum mendapatnya.... selanjutnya.
Nov 14, 2008
JKKK bantah MPS ambil balik gerai
Labels: JKKK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment