KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 26, 2008

KJ Mamak?

marhaen.org
Oleh Muramatsu -

Rakan kita, Radenjowo menulis KJ bukan anak rembau dalam artikelnya: Waspada! Khairy Makhluk Perosak! sungguh menarik. Sebaliknya beliau menyebut KJ anak Pulau Pinang sambil membandingkan kulit KJ dengan iras yang ada pada Zainuddin Maidin. Ia disebut bukan isu, bila Datuk Kadir Jasin (DKJ) dan Radenjowo sendiri mengatakan KJ amat rapat dengan Kallimullah (Orang kuat media NST). Mungkin ia menjadi isu. Isu ini selalu diutarakan oleh penulis sendiri.

Siapa di luar sana boleh sahkan siapakah KJ ini?

Walaupun DKJ tidak menyebut ia sebagai isu, bila DKJ sebut bahawa NST terlebih dulu lapor dari PM(Pak Mertua KJ) tentang kumpulan Nazimuddin mendapat kuasa/milik ke atas DRB Hicom, ia mungkin menjadi isu juga. Isunya ialah, Kallimullah dan Nazimuddin adalah dari “mazhab” yang sama.

Iaitu kumpulan orang kaya yang “kecewa” kerana gagal menubuhkan cawangan India-Muslim dalam UMNO. Walaupun gagal menjadi sayap utama secara jelas, namum kumpulan ini sangat berpengaruh dalam UMNO. Terutama era rejim Mahathir. Kemunculan kumpulan ini semakin jelas mutaakhir ini, yang mana sasaran utama mereka adalah wang. Jauh sekali keadilan dan kebenaran.

Sama ada kebetulan atau tidak, tetapi sebaik sahaja DSAI dijatuhkan dengan jahatnya oleh Mahathir, kumpulan ini diberi tempat oleh Mahathir melalui kuasa jahatnya, yang mana Zainuddin Maidin dan Mohamed Nor Yaakub. Kedua-duanya tidak jauh beza dari KJ, Kallimullah dan Nazimuddin.

Apa orang melayu tak pandai jaga wang ke? Tidak heran Mahathir kerjakan Tengku Razaleigh/DSAI kerana demi kumpulan yang disebutkan ini.

Samada kita sedar atau tidak, dua orang kuat yang wujud dikeliling pinggang Menteri Kewangan (Pak Mertua KJ) ialah tidak juah beza dengan Kallimullah dan Nazimuddin. Iaitu Rezal Mareecan and Mohamed Nor Yaakub. Dua orang ini penasihat kewangan Pak Mertua KJ. Itu yang rasmi.
Yang tidak rasmi ialah KJ sendiri. Jadi tiga orang jenis ini mengepung Perdana Menteri/Menteri Kewangan Negara tercinta.

Teringat penulis tentang sejarah Melaka bilamana Memanda Mandalia belok kepada pemerintahan Melaka pada masa itu demi kepentingan peribadinya.

Lebih menarik lagi, ketika demam piliharaya melanda seluruh Negara, akhbar perdana (Utusan Malaysia) dua hari berturut (hari penamaan calon dan 25/02/2008) melaporkan tentang Mohamed Nor Yakub dimuka depan. Apakah ini tidak ada pertalian dengan kumpulan yang disebutkan di sini, iaitu Kallimullah di NST dan Zainuddin Maidin di Kementerian Kewangan?. Semua ini jika difikir secara kritikal, memang saling tali temali.

Apa istimewanya dia sebagai calun berbanding calun-calun lain? Bahkan nampaknya dia lebih hebat dari Pak Mertua KJ!.

Penulis menulis begini kerana sejarah di atas mengajar supaya berhati-hati dengan kumpulan ini yang sentiasa mengambil peluang atas apa jua cara demi kepuasan nafsu sendiri denga kaedah matlamat menghalalkan cara. Terutamanya!!!!.....yang kaya raya dan ingin terus kaya serta takut rugi jauh dari mahu berkorban untuk Negara.


Muramatsu
United Kingdom

DBKL on rampage....

alditta.blogspot.com

Teresa Kok the Seputeh DAP candidate for the 2008 GE was furious when she discovered that her elections publicity materials that hung at the flyover of Kuchai Lama was unfairly and unjustly being taken down by DBKL.

Apparently,the reason given by DBKL was because the Datuk Bandar and her BN opponent in Seputeh constituency wanted to officiate the opening of the flyover. They wanted to tell the Seputeh constituents that this is "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL".

Teresa Kok in her blog question, if those publicity materials are from the Barisan Nasional candidate, will DBKL ask them to take down? Another question is, why didn’t DBKL choose to invite her opponent Carol Chew and not her while both of them are the candidates of Seputeh Parliamentary seat in this general election?

She further mentioned how ridiculous it was that the flyover has been completed by DBKL for more than a month, but DBKL refused to open it for the public. DBKL mentioned they have to wait for Datuk Bandar and the BN big shots to officiate the flyover before it can be opened to the public. What angered her was that the invitation was not extended to her even though she have assisted DBKL one way or the other.

Probably the Datuk Bandar and DBKL thinks that the money used for building this flyover was footed by UMNO/BN and that got to be an all UMNO/BN affair. Btw what will the toll fare be?

Another manifestation of UMNO/BN haughtiness.....

On another note a website "Letters to the Prime Minister' was set up by six special interest groups to allow Malaysians to express their hopes, dreams, opinions and suggestions to the prime minister in view of the coming 12th general election.

Btw. Pak Lah is not confirmed as the next PM yet why write to him? Stop writing any letter to this website until the next PM takes oath, we don't have to write anything to a caretaker PM who have no power. Its just another BN gimmick trying to woo the rakyat in seeking support and a new mandate. Boycott this website until election is over.

The new BN slogan is “Keselamatan, Keamanan, Kemakmuran” or 3K. What happened to “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”? Semuanya sudah hilang, sikit punya temberang.......


VOTE Barisan Rakyat and defeat BN once and for all.

Banyaknya Duit BN?

ketuaperusuh.

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Malah tentulah semua ini berpunca dari satu perkara sahaja iaitu RASUAH (Tumbuk Rusuk). Tidak ada seorang ahli korporat pun yang bodoh melabur (membiayai sesuatu projek @ iklan promosi) jika tiada habuan kepada mereka. Dan tentu habuannya kali ini bernilai berpuluh-puluh kali ganda.

Seperkara lagi, Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia (Pimpinan Barisan Nasional) tidak akan menaikkan harga minyak jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Tetapi bolehkah anda dan saya percaya mengenai kata-kata ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi pun boleh menipu, maka tentulah Najib Tun Razak pun boleh sahaja menipu. Apalah yang perlu kita hairankan jika Najib Tun Razak menipu sedangkan sememangnya beliau amat kerap menipu.

Kata-kata Najib Tun Razak mengenai tiada kenaikan harga minyak selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini dilihat seperti kata-kata beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak mengenai Altantuya Shaaribuu. Malah boleh dikatakan ianya cuma penyedap bicara sewaktu pilihanraya sahaja. Yang pastinya kita semua sudah menjangkakan akan kenaikan harga bahan bakar tersebut dilakukan seawal April 2008. Mana tidaknya, harga pasaran semasa bagi minyak mentah adalah melebihi USD$100 setong.

Bagi yang memang pasti akan mengundi Barisan Nasional, anda tidak berhak sama sekali merungut mengenai kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan kerana anda memang berhajat membenarkan Barisan Nasional menaikkan kadar harga minyak (bahan bakar). Jadi anda memang tidak berhak langsung.

Siapakah yang untung jika berlaku kenaikan harga minyak dipasaran? Tentunya yang akan untung adalah ahli korporat yang rapat dengan pimpinan Barisan Nasional kerana mereka telah banyak melabur untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Tentunya para pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP) akan mendapat untung yang lebih besar kerana menikmati harga gas (bahan bakar) yang disubsidi lebih tinggi dari yang didapati oleh orang awam. Siapakah pemunya IPP ini? Tentunya anda boleh tahu jika anda membuat sedikit carian pada pangkalan data awam dan Internet.

Sebelum saya terlupa izinkan saya mengingatkan anda semua bahawa jika Khairy Jamaluddin menang dalam pilihanraya umum ke-12 ini, maka sudah pasti Khairy Jamaluddin akan menjawat jawatan sama ada Menteri Pelajaran ataupun Menteri Belia Dan Sukan. Umum mengetahui bahawa Khairy Jamaluddin amat suka akan sukan, namun jika beliau mahu melebarkan sayapnya di ambang kuasa, tentunya beliau amat suka menjadi Menteri Pelajaran.

Jangan terkejut jika Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Pelajaran yang akan membawa masuk beberapa idea, pandangan dan “silibus” dari Singapura. Malah seperti dijangkakan segala kos untuk Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau khabarnya dibiayai oleh Temasek Group melalui beberapa proksi mereka. Setakat RM100 ribu bukanlah satu nilai yang besar kepada Khairy Jamaluddin dan dijangkakan penduduk (pengundi) di Parlimen Rembau akan ditaburkan dengan wang yang tidak terkira dalam pilihanraya kali ini.

Akhir kata, terlalu banyak wang yang ditaburkan oleh Barisan Nasional di dalam pilihanraya kali ini dan dari mana mereka memperolehi wang yang teramat banyak ini. Cuba anda siasat. “Let Follow The Money Trail”

WASIAT: KAPAN DAN KERANDA

My Photo

Radenjowo - Berhati hati. Hanya itulah pesanan untuk rakyat malaysia yang mahu mengundi pada tahun ini. Kerana undian anda bakal melahirkan satu sejarah kehilangan ketamaddunan negara malaysia. Kalau belum menjadi menteri, Khairy sudah merancang semua perkara, maka apakah yang akan dilakukan olehnya bila bergelar menteri atau perdana menteri?

Persekongkolan beliau dengan jentera perosak negara termasuk Patrick Lim dan konco konconya, serta permuafakatannya dengan kerajaan Singapura, bakal menghilangkan kuasa kita.

Semua koridor pembangunan dan jalan keretapi berkembar adalah untuk memudahkan Singapura berhubungan dan menjelajah negara kita. Segala unjuran pembangunan nyata menghala ke Singapura. Rakyat malaysia merupakan serpihan yang terpaksa ditanggung Barisan Nasional kerana kita sudah berada di sini. Untuk dihalau, tidak mungkin. Untuk disergah, tidak patut. Maka pembangunan yang kononnya bantuan ehsan Barisan Nasional kepada rakyat akan menjadi punca, rakyat terpinggir sedikit demi sedikit. Bajet negara adalah serampang dua mata. Memenuhkan poket dan membina empayar serta kerjasama dengan negara asing untuk gadai negara.

Tidak lama, 10 tahun akan datang kita tidak punya apa apa lagi. Kesimpulannnya, amati lah sejarah kepimpinan Marcos dan kerosakan hasil tangannya pada negara Filipina. Rakyat tidak kira tua atau muda terpaksa berhijrah sehingga hari ini. Kemana sahaja diseluruh dunia, pasti ada rakyat Filipina yang kerjanya setakat pembantu rumah dan buruh kasar di negara asing. Bukan sedikit tapi terlalu ramai.

Itu lah yang kita akan hadapi tidak lama lagi. Ketika kekuasaannya, polis, tentera, sistem kehakiman dan semua agensi terletak di bawah kuasanya. Siapa yang menghalang, pasti mereka tentang. Rakyat hidup di dalam ketakutan. Makan apa yang ada, guna mana yang perlu. Bila lama berkuasa, janji pun sudah lupa dan berubah menjadi gila. Semua kekayaan di kaut, sehingga hari ini apa yang tinggal kepada rakyat Filipina kecuali hidup yang daif, rumah yang sempit, jenayah bertambah dan korupsi masih lagi berleluasa. Sikap pemimpin begitu disambung dan disambung. Rakyat tidak tahu atau rakyat tidak berdaya?

Kita harus faham bahawa sejak kecil, kita diasuh dengan budaya ugutan dan amaran. Perkauman, peperangan dan persengketaan di dalam hidup pelbagai kaum di negara menjadi kan usaha ugutan ini berjalan dengan mudah. Percaya kepada berita angin dan arus perdana. Sentuh sikit, meloncat lah kita dan akibatnya kita yang sengsara. Masam muka sesama kita. Di gaduhkan, dipecahkan dan diasingkan. Bila tidak bersatu, kita lemah. Kita tidak pernah kuat kerana kita tidak pernah bersatu. Maka kerana itu sistem parti perkauman masih ujud sehingga hari ini. MCA, MIC dan UMNO. Sampai bilakah parti seperti ini dibenarkan ujud?

Terlalu sukar untuk merubahnya kerana ramai yang kononnya bimbang kalau tiada UMNO, melayu tidak kaya dan begitulah kepada kaum kaum yang lain. 50 tahun bukan waktu yang singkat dan 50 tahun apa yang kita dapat? Cuma yang ada tanah yang tunggu masa untuk digadaikan. Gaji yang tunggu tarikh untuk diselesaikan dan pencen yang tunggu waktu untuk dihabiskan. Kita tidak mempunyai apa apa lagi. Ohhhh .... mudah kerana anak pembawa rezeki dan matinya kita nanti tidak merubah segalanya kerana anak kita pandai mencari rezeki. Ataupun ungkapan mudah adalah, "Tuhan ada". Tanya diri anda, apa gunanya ibu dan bapa? Kalau hidupnya melahirkan zuriat dengan ilmu yang cetek, harta yang sikit dan iman yang singkat. Untuk beri ilmu tidak mampu inikan pula beri harta?

Semua nya semakin sukar. Siapa yang mahu mati di dalam kedaifan. Tiada harta untuk anak anak sebagai bekalan kematian kita. Tapi berapa ramai yang mampu berbuat begitu? Kita tidak sejahil mereka yang kaya, kita tidak bijak seperti para peniaga. Yang ada hanya harapan dan tulang 4 kerat. Kalau ditutup semua peluang, kita terbongkang pening kesorangan.

Mahathir telah merosakkan sistem dan undang undang negara, Abdullah sebagai penerus budaya korup dan salahguna kuasa, Khairy adalah kesinambungan peninggalan projek pembaziran mertuanya. Kuasa ada ditangan anda. Mungkin anda bukan menteri atau pemimpin yang perlu bimbang tentang pangkat dan kuasa. Seluk poket, pandang akaun dan lihatkan mata kecil anak anak kita. Apa perjuangan yang kita lakukan selama ini? Adalah cukup setakat duit belanja? Tidak kah kita mahukan mereka mempunyai harta dan mempunyai masa depan yang cemerlang satu masa nanti? Ilmu tiada, harta tiada, kita akan merempat dinegara asing sekadar menjadi orang gaji dan buruh kasar. Dimarah, diherdik dan dihina. Itulah masa depan anak anak kita.

Masihkah anda berbudaya UMNO? Tak payah buang masa .... turun dan jalankan tanggung jawab anda. Tidak berubah kalau tidak diubah. Tidak berbeza kalau kita tidak usaha. Kita tidak minta turun ke jalanraya, kita tidak minta memegang sepanduk dan kita tidak minta untuk menjerit jerit di tengah jalan kerana kita tahu masih ramai yang bimbang tentang keselamatan dan masa depan. Tapi ini lah masanya untuk membuat keputusan. UNdi, pangkah apa saja asalkan bukan BARISAN NASIONAL.

Keadaan semakin teruk dari hari demi hari. Apa lagi bukti yang kita mahu? Perjuangan kita adalah untuk diri, anak anak dan jenerasi kita. Masa sudah semakin singkat dan jangan jadi kan 4 tahun selepas ini sebagai tempoh untuk pemimpin BN terus merosakkan lagi negara, menggadaikan lagi harta. Cukup disitu !!! Kita sudah tidak mampu untuk menanti lagi janji janji yang sama, untuk kemajuan, untuk keselamatan, untuk kekayaan dan sebagainya. Tempoh sudah diberi, bukti sudah terbukti bahawa BN hanya bijak tabur janji. Yang kaya adalah mereka, yang papa adalah kita. Bila kita pertikai, mereka akan tunjukkan bangunan, jalanraya, Lapangan Terbang, IT dan sebagainya. Tapi kayu ukur kemajuan adalah ilmu di kepala, iman di dada dan poket serta akaun kita masing masing.

Majukah kita kalau simpanan hanya ada RM150 pada hujung bulan? Kalau itu lah kemajuan.....tak payah maju pun tak per. Ubah sebelum parah kerana selagi kita kuat, kita wajib usaha. KAlau kita sudah tiada apa apa, kita akan terus diinjak untuk terus sama leper dengan bumi oleh pemimpin pemimpin politik rakus, korup dan bermuslihat seperti Pemimpin BN. Kalau ada yang kata Radenjowo berbohong, tunggu 10 tahun lagi ...... Anda tahu apa akan jadi dan ketika kamu sedar nanti, usia sudah dihujung senja. tunggu masa untuk mati di dalam kedaifan. Di maki, hina oleh anak anak dan jenerasi kerana orang lain mati tinggalkan harta tapi kita mati setakat lepas belanja untuk kain kapan dan keranda.

UMNO "SEDIA GEMPUR" mengganas

Mat rempit menggunakan T Shirt "SEDIA GEMPUR" menyerang. BN sudah bertindak ganas .... waspada. Polis tidak berbuat apa apa? Rempit, BN, POLIS, SPR, keHAKIMan .....semua sama aje.....sudah berubah jadi ANJING !!! Apa lagi yang ada untuk rakyat. Dollah Badawi kononnya bercerita tentang KEAMANAN di dalam MENIPusto terbaru BN?

Pesan Bekas Orang Kuat Pemuda Umno

"Saya harap adik kakak jangan mudah percaya dengan janji Umno di bawah pemerintah Abdullah Badawi kerana perjuangan Melayu di tangan Umno (Abdullah) hari ini sudah musnah dan hancur," kata bekas orang kuat Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz .

msomelayu.blogspot.com

KEMUNCULAN bekas orang kuat Pergerakan Pemuda Umno tahun 80-an, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz di pentas ceramah Pas di Kampung Galok, Chetok malam tadi mengejutkan kira-kira lebih 2,000 yang hadir.
Ceramah itu merupakan ceramah pertama dalam kempen pilihan raya bagi calon Pas DUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan calon Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Kehadiran Kamal Amir secara mengejut itu memberi peluang kepada pendengar untuk mengetahui isu-isu semasa dan juga pergolakan dalam parti Umno dewasa ini.

Kamal Amir yang kini aktif menggerakan NGO - Masyarakat Prihatian Malaysia (Perima) juga merupakan seorang wartawan terkemuka Utusan Melayu era tahun 80-an dan kini merupakan seorang bloger tanah air yang popular.

Dalam ceramah ringkasnya tadi Kamal Amir menyeru dan memberi peringatan kepada orang Kelantan supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji Umno untuk menyalamatkan Melayu dan Islam. more...

SATU AMARAN

[mat+sabu.jpg]

PAS memberi amaran keras, akan bertindak sendiri jika BN menggunakan jentera atau bangunan milik kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.


"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'," kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu kepada akhbar Siasah.

KECEWA: Ahli UMNO cabut tiang bendera UMNO


buletinonline.net

Setiu, 25 Feb – UMNO Terengganu dijangka menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) N.05 Jabi dalam Parlimen Setiu berikutan bantahan(protes) ahli-ahlinya sendiri yang tidak berpuashati kerana pencalonan semula Ramlan Ali.

Protes mereka telah bermula sejak September tahun lalu, namun tidak diambil hirau oleh pimpinan UMNO peringkat Bahagian Setiu dan Negeri Terengganu. Kini, protes mereka sampai ke kemuncaknya apabila Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu mencalonkan semula Ramlan. (Foto: tiang sudah dicabut)

Beberapa hari sebelum penamaan calon, Salleh Hussin, 49, telah bertindak mencabut tiang bendera besar UMNO yang dipasangnya sendiri di hadapan Pejabat UMNO DUN Jabi.

Sejurus selepas mengetahui bekas ADUN Jabi sesi lalu itu dicalonkan semula, Salleh berkata bahawa sekiranya Ramlan menang dalam PRU 12 kali ini, beliau akan menjual semua hartanya di Jabi dan berpindah keluar dari Terengganu.

Kata-kata yang berupa ikrarnya itu kini dibuktikan dengan menutup pos UMNO yang telah didirikannya dihadapan Dewan Sivik Jabi dan digantikan dengan dua buah pos PAS.

Pada September tahun lalu, beliau telah mengumpulkan 1,000 orang ahli UMNO DUN Jabi didalam satu majlis kenduri yang diadakannya sendiri sebagai menunjukkan tanda protes.

Ahli-ahli UMNO yang datang makan kenduri pada masa tersebut telah menandatangani senarai protes. Kini, Salleh akan memastikan 1,000 orang tersebut akan mengundi PAS pada PRU 12, pada 8 Mac akan datang.

Sehubungan dengan itu, calon PAS bagi DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim sudah menghantar wakil untuk mengaturkan pertemuan beliau dengan pihak Salleh Hussin. Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Bukhori Mokhtar, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Jabi, kepada Buletin Online, selepas penamaan calon kelmarin.

CALON DALAM PARLIMEN POKOK SENA PECAH AMANAH?

malaysia-today

KIRIMAN sms dari seorang mantan menteri kabinet sebelum Abdullah Ahmad Badawi berkuasa menyatakan "Profesor Osman Ishak seorang cendekiawan dalam bidang agama lulusan unibersiti Al Azhar, Dr.Masitah bekas pensyarah Unibersiti Islam Antarabangsa juga merupakan lulusan Al Azhar serta Ustaz Fadhil Hanafi lepasan unibersiti Al Azhar digugurkan.

"Semua ini kerana imam besar mahzab Islam Hadhari amat memerlukan Azeez Putra Umno, Aziz Sheikh Fazir dan Firdaus calon Hindraf Umno penyokong cuti umum Thaipusam yang tidak popular diIndia sebuah negara Hindu dan tidak mempunyai patung emas dewa murugan tertinggi di dunia di Batu Caves".

Sementara itu sebuah lagi kiriman sms yang diterima petang tadi cukup menarik apabila pengirimnya mencatatkan " ternyata Khairy Jamaluddin @ Si Kitol agen Singapura berjaya melakukan "pembunuhan politik" secara halus ke atas anak Tun Dr. Mahathir apabila Dato' Mukhriz bertanding dikawasan maut Jerlun Kedah."

Percaturan politik Khairy cukup licik dan amat halus kerana dengan kegagalan Mukhriz di Parlimen Jerlun serta tersingkirnya Datuk Zahidi dari kerusi Dewan Undangan Negeri Berseri di Perlis maka berkecailah harapan para penyokong kedua-dua tokoh pemuda untuk menentangnya dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang bakal dikosongkan oleh Hishamuddin Tun Husein Onn empat bulan lagi selepas selesai musim pilihanraya umum kalike 12.

Melihat dari senarai calon-calon yang digugurkan tidak siapa boleh menafikan bahawa ia bertitik tolak dari percaturan memburu jawatan KetuaPemuda Umno bagi Khairy untuk kelangsngannya menjawat jawatan Perdana Menteri menjelang tahun 2010 seusai musim "penyembelihan politik" keatas Dato' Seri Najib Tun Razak dilakukan.

Bertolak dari percaturan tersebutlah maka meskipun berkali-kali Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasratnya untuk membentuk sebuah jemaah menteri yang benar-benar bersih selepas musim pilihanraya umum 8 Mac 2008 nanti hanya sekadar sebuah dongeng untuk sekalilagi melenakan rakyat agar memberi kepercayaan kepadanya sekali lagi.

Bersihkan wajah-wajah anggota kabinet Abdullah Ahmad Badawi nanti andainya orang seperti Rafidah Aziz masih diangkat sebagai menteri? Mampukah dijelamakan pimpinan molek bila Noor Mohamed Yaacub menteri kewangan kedua dilantik sebagai menteri lagi sedangkan laporan setebal hampir 300 muka surat dari Gerak kepada Abdullah diketepikan begitu sahaja.

Bagaimana dengan Samy Vellu pimpinan MIC yang serba celaru mampu diangap bersih oleh rakyat? Dimana letaknya kualiti pimpinan beberapa nama lain yang khabarnya telahpun disiapkan laporan oleh mantan Perdana MenteriTun Dr. Mahathir kepada Abdullah untuk dilakukan penyiasatan berhubung persoalan korupsi, pecah amanah serta membalun harta rakyat?

Semua itu langsung tidak sedikitpun diperdulikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam memenuhi agenda Khairy Jamaluddin @ si Kitol abad ini meskipun kenyataan terbarunya melalui akhbar The New Straits Times, Abdullah menyatakan tiada perjanjian semua menteri yang bertanding akan diangkat sebagai menteri?

Jika kenyataan tersebut dihayati sepenuhnya terselindng satu agenda "peras ugut" bakal berlaku dimusim pemilihan Umno hujung tahun ini kerana mereka yang bergelar ahli Yang Berhormat bagaikan dipaksa untuk tunduk serta menurut percaturan politik dalam menentukan kepimpinan Umno.

Kerana itulah meskipun berlaku beberapa bantahan diperingkat akar umbi agar calon-calon yang digugurkan dipertimbangkan semula olehnya tidak sedikitpun mendapat layanan kerana disebalik keyakinan mampu meraih kemenangan besar pada pilihanraya ke 12 ini, tersembunyi agenda mempastikan impian Khairy @ Si Kitol untuk menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah menjelang tahun 2010.

Menyentuh pilihanraya umum menjelang 8 Mac 2008 nanti, ternyata inilah pilihanraya terburuk, penuh dengan lelucon apabila nama-nama calon bagaikan pasaran saham di bursa Kuala Lumpur. Sekejap naik sekejap merudum serta ada kalanya terus tengelam tanpa khabar berita. Lebih memeranjatkan apabila berlaku dua calon yang diumumkan diKelantan oleh Pengerusi Barisan Nasional telah lari lintang pukang kerana tidak bersedia untuk bertanding.

Sementara itu di negeri Kedah pula terdengar pelbagai persoalan menyangkut kisah pengguguran KetuaPuteri Umno Sungai Petani Nurshaini di saat-sat akhir di mana sebelum ini namanya disebut-sebut sebagai calon tetapi lenyap begitu sahaja disebabkan takut menjadi "liabliti" keatas batang tubuh Menteri Besar Datuk Mahadir Khalid yang menimbulkan pelbagai cerita sosek-sosek. Khabarnya ada gambar menarik bakal beredar jika dia dicalonkan.. Sejauh mana benarnya cerita ini hanya masa dan kadaan menentukan segala. Namun semasa berkunjung ke Alor Setar cerita tersebut menjadi buah mulut dikedai kopi serta bagakan bukan rahsia lagi.

Seandainya pilihanraya dijalankan secara bersih tanpa adanya percaturan pengundi hantu atau permainan silap mata, Kedah merupakan negeri ketika selepas Kelantan dan Trenganu jatuh ketangan pemangkang. Namun begitu semua ini mungkin terhalang andainya ada unsur-unsur campurtangan dari pihak-pihak tertentu mungkin keputusan menjadi sebaliknya. Namun yang pasti pilihanraya kali ini menyaksikan begitu ramai sekali pengundi bukan Melayu sudah berani memakai baju berlambangkan bulan hijau putih.

Calon-calon Barisan Nasional yang tersenarai di negeri Kedah sesungghnya kini diburu kebimbangan kerana rakyat bagaikan tidak sabar-sabar lagi untuk membuat perhitungan menghukum pimpinan yang bukan sahaja tidak "mesra rakyat" sebaliknya terpalit pelbagai catatan hitam. Lebih memeranjatkan disaat akhir sebelum hari penamaan calon berlaku perubahan mendadak kerana salah seorang daripada calon yang diketengahkan dikatakan bakal terseret ke muka pengadilan kerana melakukan pecah amanah tabung wang sekolah.

Sementara itu pimpinan dari parti pembangkang telahpun memperolehi bukti tentang seorang lagi calon yang bakal bertanding di dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Pokok Sena merupakan seorang jawatan kuasa PIBG terlibat dalam kejadian pecah amanah wang tabung sekolah di mana satulaporan polis akan dilakukan oleh parti pembangkang.

Sewaktu menyusuri perjalanan dari Kota Bharu Kelantan menghala ke Gerik di Perak, tanda-tanda awal bakal kecundangnya ramai calon dari Barisan Nasional begitu sukar untuk dinafikan. Mungkin kerana itulah Anuar Musa yang pernah diwar-warkan bakal ditabalkan sebagai menteri besar sudahpun lari meninggalkan bahtera negeri Kelantan untuk bertanding kerusi Parlimen menggantikan pendokong nombor wahidnya Datuk Alwi Che Amat. Apabila "kapten" kapal meninggalkan bahtera ia membawa pentanda bakal tengelamnya impian untuk menawan negeri Cik Siti Wan Kembang. Sifir politik sebegini anak kecil belum "mumayizpun" mampu menterjemahkannya inikan pula para pengundi matang di Kelantan.


Lebih menarik lagi sudah ada tanda-tanda bakal merudumnya kerusi Parlimen Baling, Sik, Pendang dan Pokok Sena kembali ketangan partipembangkang. Sesunguhnya jika benar berlaku banyak kerusi Parlimen jatuh ketangan partipembangkang kali ini serta jatuhnya semula Trengganu ke tangan PAS disamping tenatnya keputusan pilihanraya dinegeriKedah dan Pulau Pinang, seluruh tanggung jawab ini terpikul dibahu Abdullah Ahmad Badawi beserta menantunya Khairy Jamaluddin seorang anak Melayu yang mendaftar nama dalam kad pengenalan tanpa bin.

Dalam erti kata lain, andainya Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk ditangan pembangkang meskipun masih mampu membentuk kerajaan, sebagai seorang pemimpin yang bermoral dan berintergeriti seharusnya dia memilih
untuk berundur dari SeriPerdana seperti yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad seusai musim pilihanraya tahun 1999 yang menyaksikan begitu banyak kerusi jatuh ketangan pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi harus menjadikan keputusan pilihanraya 2008 sebagai isyarat jelas dari rakyat jelata jikadia benar-benar seorang pemimpin bermoral. Fikir-fikirkanlah.

Posting terkini

Blog Archive